UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Bahaya mikroplastik, 5 gram dimakan oleh manusia dalam seminggu

Bahaya mikroplastik, 5 gram dimakan oleh manusia dalam seminggu

Sunday, 18/07/2021

Share This Article :

Plastik dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta dua tahun lalu. Plastik juga merupakan sumber buangan kedua terbesar di Malaysia selepas kertas.

 

Manakala beg plastic pula digunakan oleh masyarakat dunia kira-kira 500 bilion unit setiap tahun dan ia boleh diringkaskan bahawa lebih satu juta beg plastic digunakan bagi setiap satu minit. Angka itu sudah cukup untuk menggambarkan kebergantungan manusia terhadap bahan bahaya tersebut.

 

Sisa pepejal plastic ini jika tidak diuruskan dengan kaedah terbaik ia akan menyebabkan berlaku kemusnahan kepada hidupan termasuk manusia. Contoh mudah, satu juta burung laut dan kira-kira 100,000 mamalia laut mati disebabkan sisa plastic yang hanyut di lautan yang asalnya daripada penggunaan manusia di daratan.

 

Lebih membimbangkan kini ialah kesan daripada pembuangan plastic turut menghasilkan partikel plastik yang dikelaskan sebagai mikroplastik. Ia terhasil daripada serpihan kecil plastic tergredasi , fiber sintetik dan partikel halus plastik, secara kolektif yang lebih sukar dikesan dan tidak nampak jika dilihat melalui mata kasar.

 

Menurut penyelidik mikroplastik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Yusof Shuaib Ibrahim, manusia menelan kira-kira 5 gram mikroplastic dalam masa seminggu.

 

“Manusia memakan hampir sekeping kad kredit dalam tempoh seminggu iaitu sebanyak 5gram mikroplastik.

 

“Plastik yang dibuang oleh manusia akan hanyut ke lautan dan ia tidak terurai atau hilang begitu sahaja, malah proses tindak balas yang mengambil masa lama akan menghasilkan mikroplastik dan akhirnya dimakan oleh hidupan marin.

 

“Selalunya ia terperangkap dalam badan organisma terutamanya di bahagian perut disebabkan dimakan oleh haiwan tersebut terutamanya ikan dan hidupan bercangkerang”. Ujar beliau yang juga ahli biologi yang kini sebagai pensyarah di Fakulsti sains dfan sekitaran marin, Universiti Malaysia Terengganu.

 

Di samping mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan lain termasuklah haiwan dan tumbuhan. Beg plastik yang hanyut ke laut pula turut membunuh kelompok penyu dan haiwan marin kerana menyangkakan ia adalah obor-obor.

 

Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global.

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu