UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL

GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL

Thursday, 20/07/2017

Share This Article :

Oleh : Amirul Salam Hasan, BKM PKK, UMT
 
KUALA TERENGGANU , 19 Julai – Seminar Global Tourism Conference 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim , UMT mampu meningkatkan ekonomi global. 
 
Penganjuran ini disertai oleh penyelidik-penyelidik dari dalam dan luar negara itu merupakan kali pertama seumpanya diadakan dengan tujuan untuk meluaskan lagi jaringan rangkaian dengan pihak-pihak berkepentingan terutama dalam bidang pembangunan dan inovasi pelancongan. 
 
Persidangan ini berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia, Victoria University, Melbourne, Persatuan Pendidik Pelancongan Malaysia (TEAM), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Muzium Negeri Terengganu, Coral Triangle Initiatives on Coral Reefs, Fisheries and Food Safety Security (CTI-CFF) dan Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
 
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT berkata, persidangan ini bertemakan “Tourism Development and Innovation: A Catalyst for Sustainable Environment and Livelihood” atau “Pembangunan dan Inovasi Pelancongan: Pemangkin kepada Persekitaran dan Pemeliharaan yang Mampan” melibatkan 76 peserta dari dalam dan luar negara. 
 
“Penyertaan kali ini terdiri daripada Indonesia, Taiwan, Maldives, Hong Kong, Turki, Hungary, Australia, Thailand, Amerika Syarikat dan Bahamas. Turut menyertai persidangan adalah peserta daripada pusat pengajian tinggi tempatan seperti UMS, UNIMAS, UiTM, UPM, UUM, UTM, UIAM, UniKL, UMT, UKM, USM, USIM, MSU, MMU dan KDU University College”.
 
“Industri pelancongan negara akan terus berkembang meluas dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan bilangan pelancong asing dan mencatatkan sumbangan yang besar dalam pertumbuhan ekonomi negara”.
 
“Adalah diharapkan, persidangan ini menjadi platform untuk berkongsi buah fikiran. Semua pihak termasuk sektor awam, swasta, ahli akademik, penyelidik, komuniti dan pemegang taruh perlu bekerjasama dan melibatkan diri untuk menambah pengetahuan serta memberi kesedaran alam sekitar yang dapat menjamin kemampanan pada masa hadapan terutamanya bagi industri pelancongan”. 
 
Menurut beliau juga, persidangan yang diadakan bertepatan dengan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu yang mengisytiharkan Tahun 2017 sebagai Tahun Melawat Terengganu dengan slogan “Beautiful Terengganu 2017” yang menyasarkan 6.5 juta pelancong dalam tempoh 5 tahun akan datang.
 
Sementara itu, Yang Berhormat Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar turut hadir bagi mewakili Menteri Besar Terengganu untuk merasmikan seminar tersebut. 
 
Dikeluarkan oleh:
 
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu