UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) helps Public Speaking skill and confidence

‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) helps Public Speaking skill and confidence

Thursday, 30/03/2017

Share This Article :

Kuala Nerus, 29 Mac – Seksyen Kaunseling, Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengadakan Pertandingan Akhir ‘University Young Motivator Competition’ (U-MAC) bertempat di Auditorium Inos, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang disertai oleh lapan (8) Pusat Pengajian UMT.

Program ini adalah program berasaskan pertandingan ucapan awam, di peringkat universiti yang mana melibatkan setiap Pusat Pengajian. Para peserta akan dibimbing untuk berucap di khalayak ramai dan memberikan motivasi kepada para penonton yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian masing-masing dan pelajar sekolah terpilih melalui kerja lapangan di dalam tugasan yang disediakan.

Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini bermula dari 27 Mac sehingga 29 Mac 2017. Pada hari pertama diadakan pertandingan pada peringkat saringan. Seramai 28 orang perserta yang mengambil bahagian yang mewakili Pusat Pengajian masing-masing. Peserta dikehendaki untuk menyampaikan motivasi selama tujuh (7) minit, dengan diadili oleh juri-juri. Kemudian, hanya 16 orang peserta dipilih untuk ke peringkat suku akhir, dimana mereka dibawa ke sekolah untuk kerja lapangan. Peserta ini diberi sekumpulan pelajar Tingkatan 4 sebagai Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Seterusnya , hanya enam (6) orang finalis yang terpilih untuk ke peringkat akhir.

Muhammad Nuraffendi bin Mohamad Amanah daripada Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) telah dinobatkan sebagai johan pertandingan. Beliau merupakan pelajar tahun satu (1) jurusan Sarjana Muda Sains (Biologi Marin).

Manakala naib johan dan tempat ketiga disandang oleh Muhammad Firdaus Saufi bin Mat Isa dan Noor Adilatul Husna bt Arfiee. Kedua-duanya merupakan pelajar tahun satu (1) jurusan Sarjana Muda Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE).

Sementara itu Muhammad Firdaus Saufi bin Mat Isa juga berjaya merangkul kemenangan di dalam Persembahan Terbaik.

Program yang turut berkolaborasi dengan Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMT ini pasti akan dapat membentuk kayakinan diri dalam kalangan pelajar universiti khususnya bagi melahirkan pelapis motivator yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar. 

Wartawan : Rosmawati Deraman, Pusat Komunikasi Korporat, UMT