UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Successful KPTN 2018 UMT!

Successful KPTN 2018 UMT!

Sunday, 25/03/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu telah dipilih sebagai hos Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) peringkat negeri Terengganu tahun 2018. Menariknya, KPTN 2018 peringkat negeri Terengganu ini bakal dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Idris Jusoh yang mana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku penganjur utama. 

Program “flagship” KPT ini merupakan platform bagi menyebarluaskan mengenai peluang dan tawaran menarik bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan institusi lain lagi kepada orang ramai khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Bersempena KPTN juga, pelbagai aktiviti sampingan menarik lain turut diadakan antaranya Bicara Ikon oleh Angkasawan Malaysia pertama, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha Sheikh Muszaphar Shukor, pameran pendidikan, cabutan bertuah, taklimat biasiswa dan sebagainya.

Turut dilancarkan dalam majlis perasmian ini adalah buku “Transformasi Inovasi Sosial Komuniti Nelayan” yang menghimpunkan kajian penyelidikan ilmiah secara empirikal dari aspek pembangunan dan sosio ekonomi komuniti nelayan seperti projek penternakan kuda laut dan belangkas di Setiu, sesi penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BPKK) KPT, Bantuan Kewangan Pelajar UMT serta acara menandatangani MoA & MoU bersama agensi terbabit. 

Pada hari yang sama juga, YB Dato Seri Idris Jusoh turut meluangkan masa melawat beberapa lokasi sekitar kampus UMT iaitu ke Galeri Penyelidikan INOS, sesi Program Ramah Mesra bersama pelajar Teaching Accounting Firm (TAF) UMT, perasmian Pejabat Malaysian Maritime Logistics and Transport Centre (MALTRAC) @ UMT dan perasmian Mural dan Smart Learning Space IR 4.0 Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT.