Oleh Azura Shafie

Kuala Nerus, 26 Ogos – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga tidak ketinggalan mengadakan sambutan bulan kebangsaan dengan menganjurkan upacara melekatkan bendera pada kenderaan dalam kampus UMT.

Bertemakan “Sayangi Malaysiaku”  pada sambutan kemerdekaan ke 61 tahun ini, pihak pejabat pendaftar UMT selaku urus setia program telah memperuntukkan sejumlah lebih 500 Jalur Gemilang untuk dilekatkan pada semua kenderaan yang memasuki kampus seawal pukul 7.30 pagi disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT.

Menurut Pendaftar UMT, Prof. Dr. Nora’Aini Ali berkata program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga UMT. 

“Melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan bagi menzahirkan semangat cintakan negara dan sebagai kempen sayangi Malaysia dalam kalangan warga UMT.

“Selain itu, kita juga ingin menyemai rasa bangga dan hormat kepada bendera Malaysia dalam kalangan warga UMT.

Tambah beliau, warga UMT diseru untuk terus memupuk semangat perpaduan dan mengekalkan keamanan yang dikecapi hari ini agar menjadi benteng yang kukuh dan utuh dalam mengekalkan kestabilan negara.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi upacara tersebut ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai UMT.

 

Untuk keterangan lanjut :

Prof. Dr. Nora’Aini Binti Haji Ali

Pendaftar

Pejabat Pendaftar

Universiti Malaysia Terengganu.

Tel: 09-6685152

Emel: noraaini@umt.edu.my

                                                                                              Dikeluarkan oleh:


Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu