UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan

Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan

Wednesday, 08/03/2017

Share This Article :

Kuala Terengganu, 8 Mac 2017 – Bagi meraikan sokongan dan kerjasama erat yang telah diberikan oleh para pengamal Media, UMT telah menganjurkan Majlis Apresiasi Media 2017 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Bersempena majlis ini juga, turut dianjurkan Anugerah Gerbang Pena bagi menghargai karya-karya berita yang telah dihasilkan oleh para pengamal Media berkenaan kegemilangan UMT. Sebanyak 30 pertandingan dipertandingkan dan para pemenang telah diraikan dalam majlis ini dan hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

Turut dirasmikan pada majlis berkenaan, logo sambutan UMT 15 Tahun yang menandakan usia UMT dan acara sambutan bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2017 dengan pelbagai pengisian program dan aktiviti.