UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan

Wednesday, 13/09/2017

Share This Article :

KUALA TERENGGANU – Mengetengahkan tema “Artificial Reefs and Related Aquatic Habitats: Contributions to Science, Policy and Livelihood”, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Coral Triangle Initiative (CTI) terpilih sebagai hos dan menganjurkan  11th International Conference on Artificial Reefs and Related Aquatic Habitats (MyCARAH) selama tiga hari di Duyong Marina Resort, di sini bermula hari ini.

Persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh lebih 100 peserta daripada 20 negara  merupakan penganjuran pertama kali di Asia Tenggara ini  menghimpunkan pakar penyelidik, rakan strategik industri juga komuniti nelayan dari Indonesia, Filipina, Papua New Guinea untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman serta membincangkan berkaitan hidupan marin yang diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan kualiti hidup, kesejahteraan ekologi dan biodiversiti dan pada masa yang sama, memulihkan habitat akuatik semulajadi yang terlibat.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, penganjuran persidangan ini merupakan kali ke-11 seumpamanya diadakan selepas diadakan pada tahun 1974 di Texas, Amerika Syarikat dengan tujuan untuk meningkatkan pertukaran maklumat berkaitan terumbu tiruan dan potensi terumbu tiruan dalam pengurusan perikanan peringkat antarabangsa.

“Para penyelidik telah menemui dan akan membentangkan hasil kajian berimpak tinggi dalam meningkatkan kualiti terumbu tiruan serta hidupan marin dengan fokus kepada penyelidikan bukan sahaja kepada ekosistem marin di perairan Malaysia tetapi juga di rantau ini, terutamanya melalui kerjasama erat dengan anggota Coral Triangle Initiative (CTI).

“Terumbu tiruan kini wujud dalam pelbagai saiz, reka bentuk dan saiz untuk diletakkan di kawasan sumber perikanan di Zon A untuk nelayan kecil. Komuniti nelayan telah lama memahami konsep habitat marin buatan seperti yang kita lihat di Terengganu sebagai ‘unjang’ iaitu alat yang diciptakan untuk membantu meningkatkan jumlah tangkapan ikan serta meningkatkan taraf pendapatan komuniti tersebut”.

 

Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu