UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Syawal 1438H dirai meriah

Syawal 1438H dirai meriah

Sunday, 02/07/2017

Share This Article :

Bagi meraikan Syawal 1438H, Universiti Malaysia Terengganu melalui Pusat Komunikasi Korporat (PKK) telah mengedarkan kit hari raya kepada para pengamal media di sekitar Kuala Terengganu dibawah program Agihan Ole-ole Raya Media sebagai tanda ingatan dan terima kasih atas sokongan kepada UMT sepanjang tahun. 
 
Sejumlah 10,000 keping sampul raya berserta kuih dan kek raya telah diagihkan dalam siri jelajah yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dan diiringi oleh Timbalan Pengarah PKK, Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab.
 
Projek agihan sampul raya pada tahun ini yang dicetak logo agensi media pada bahagian belakang sampul merupakan simbolik keakraban hubungan baik antara pihak UMT dengan pengamal media.
 
Selain itu, elemen kampus lestari turut diselitkan pada sampul raya tersebut bagi membuktikan bahawa UMT adalah gedung ilmu yang memenuhi keperluan dan citarasa bagi pelajar yang mengimpikan pengalaman kehidupan kampus yang mendamaikan.