UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Bolot Tiga Anugerah di SIIF 2017

UMT Bolot Tiga Anugerah di SIIF 2017

Sunday, 10/12/2017

Share This Article :

KOREA SELATAN – Delegasi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya meraih tiga anugerah di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017 yang diadakan di COEX Korea Exhibition Centre di Seoul, Korea pada 30 November hingga 3 Disember 2017 yang lalu.

Menerusi produk inovasi “Rapid Biofloc” iaitu teknologi hijau bagi pengurusan udang dalam industri akuakultur, Penyelidik UMT, Dr. Azman Kasan dari Institut Akuakultur Tropika telah memenangi Anugerah Pingat Emas.

Produk MARNO atau Marine Nanoparticle Reducing Agent yang diketuai oleh Dr. Wan Ilyani Wan Ismail dari Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) pula telah dinobatkan sebagai pemenang Pingat Gangsa.

Anugerah Khas daripada Lebanese Innovation Association pula telah dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi menerusi produk inovasi “Stingless Bee Pollination”.

UMT telah menghantar sejumlah 3 produk untuk dipertandingkan di SIIF 2017 yang merupakan pertandingan ciptaan tahunan yang dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) yang disertai lebih 20 negara seluruh dunia.

 

Untuk maklumat lanjut:

RMIC
Universiti Malaysia Terengganu
Tel : 012-9183294

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/4278