COLOUR RUN UMT ERAT SEMANGAT PERPADUAN DAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT

KUALA NERUS, 28 September – Larian Warna (UMT Colour Run) 2018, kejohanan tahun keempat yang berlangsung di Kampus UMT dan kawasan sekitar Kampung Kubang Badak di sini menarik lebih 2000 penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata, program larian seperti ini bertujuan bagi merancakkan kegiatan sukan dan menyemai semangat perpaduan.

“Program seumpama ini juga membuka ruang untuk warga kampus terutamanya pelajar mengasah bakat, bersaing dalam sukan larian dan menjadi medan mempromosikan gaya hidup sihat”

“Program ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan saling mengenali antara satu dengan yang lain.

Penyertaan bagi kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM3,000 telah dibuka sejak tiga minggu lalu.

Muhamad Faiz Zainul Abidin yang merupakan peserta berkata, beliau telah menyertai beberapa siri Colour Run anjuran UMT sebelum ini.

“Colour Run 4.0 agak unik kali ini kerana war zone berada di lokasi berlainan sepanjang trek berbanding hanya di kompleks sukan pada penganjuran terdahulu.

“Semoga lebih ramai menyertai program larian seperti ini pada penganjuran akan datang bagi menzahirkan semangat perpaduan melalui sukan”.

Sementara itu, Muhammad Faizam selaku pengarah program berkata pihaknya turut mendapat permintaan penyertaan daripada IPT sekitar termasuk pelajar sekolah.

“Permintaan amat memberangsangkan semenjak program ini diperkenalkan empat tahun lalu dan kami berusaha memperbaiki kelemahan pada setiap kali penganjuran. Setakat ini, perkembangan dan sambutan yang diberikan oleh peserta akan memberikan suntikan semangat untuk pihak kami anjurkan program seumpama ini pada tahun-tahun akan datang.” Katanya.

 

Untuk keterangan lanjut :

Muhamad Faizam Mohd Bakri

Pengarah

Colour Run 4.0

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 012-6920792

Emel : faizambakri.mks@gmail.com

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu