UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’

KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’

Thursday, 24/08/2017

Share This Article :

KUALA NERUS – Transformasi Negara 2050 (TN50) merupakan satu matlamat jangka panjang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada Januari 2017. TN50 ini merupakan kesinambungan dari wawasan atau matlamat Negara dalam merealisasikan visi dan misi Negara untuk menjadi sebuah Negara maju.

Selaras dengan itu, barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT telah menganjurkan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan ‘Mahasiswa Ke Arah TN50 – Melahirkan  Generasi Wasatiyyah’ yang mengumpulkan seramai 20 orang setiap Institut Pengajian Tinggi (Awam/Swasta/Politeknik/Kolej Komuniti) yang mana 10 orang peserta mewakili MPP dan 10 orang peserta mewakili Majlis Kolej Siswa (MKS).

Konvensyen yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi itu bertujuan perkongsian sebanyak mungkin kaedah dan cara pelaksanaan yang dilaksanakan oleh universiti lain dalam menambahbaik pengurusan aktiviti dan kepimpinan mahasiswa agar dapat dijadikan sebagai panduan untuk dipraktikkan di universiti masing-masing. Selain itu, sebagai medium penyatuan kepimpinan mahasiswa dari saluran yang berbeza iaitu  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Kolej Kediaman (MKS). Mereka akan membentangkan aktiviti masing-masing mengikut saluran/bidang tugas mereka.

Turut hadir sama pada majlis perasmian adalah KSU KPT, YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd, TKSU(B) YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, YB A Latiff Awang, Naib Canselor UMT dan Naib Canselor UniSZA.