UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok

Mahasiswa UMT Sumbang Bakti Bersama Komuniti Kg. Pantai Senok

Sunday, 05/11/2017

Share This Article :

“Beach Clean Up” menjadi aktiviti utama sempena Program Bakti Siswa Bersama Komunti Pesisir bertempat di Kg. Pantai Senok, Bachok Kelantan pada 4 November lalu. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) – YBhg. Datuk Dr. Awang Adek bin Hussin yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar dan Penyelaras DUN Tawang – YBhg. Datuk Mohd Radzuan Abdullah.

Program ini mendapat sokongan dengan kehadiran Pentadbir Mukim DUN Tawang / Tok Penggawa – Haji Mohd Zin bin Daud, Timbalan Pengarah SWCorp Kelantan – Puan Toh Ai Shir,  Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMT – YBhg. Prof. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMK – YBhg. Prof. Dato’ Abd. Aziz Ab. Latif,  Pengarah PPH UMT – Ir. Haji Mohd Zaideen Yusoff, Profesor Madya Dr Mohad Anizu Mohd Nor, Pengarah Unit Projek Khas Program Kemasyarakatan, pegawai-pegawai kanan UMT, UMK dan USM Kubang Kerian serta komuniti setempat.

Program yang julung kali dianjurkan oleh UMT ini telah mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kelantan & Terengganu, penyertaan bersama pelajar dan kakitangan daripada UMT, UMK, iM4U USM Kubang Kerian, Kelab Permotoran Honda RS1540R (Kelantan RS150R), Madrasah Tahfiz Al-Furgan Pantai Senok dan seluruh penduduk Kg. Senok Bachok dengan bilangan peserta seramai hampir 350 orang. 

Para peserta telah menjalankan aktiviti pembersihan dan pengindahan sekitar kawasan muara Pantai Kg. Senok (kawasan di hadapan loji) dengan pengutipan dan pembersihan sekitar kawasan pantai dan kawasan sekitar pendaratan bot nelayan dan juga telah mengecat beberapa wakaf nelayan. Sepanjang 3 jam aktiviti pembersihan berlangsung, sebanyak 248.6kg sampah seperti  berjaya dikumpul dan dihantar ke tapak pengumpulan sampah majlis daerah tempatan.

Disamping itu juga, program ini merupakan sebahagian daripada Pra-pelancaran bagi memperkenalkan Loji Penyahgaram Air Laut (Desalination) Menggunakan Teknologi Membran – Projek Penyelidikan Translasional Berasaskan Komuniti bersama UTM kepada penduduk kampung dimana, penduduk bakal memperoleh bekalan air bersih yang disaring dan bakal dilancarkan pada awal 2018 kelak oleh YBhg. Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut:

Dr. Izan Jaafar
Pensyarah Universiti / Penyelaras Program
Universiti Malaysia Terengganu
Tel : 09-668 3140

Emel: izanjaafar@umt.edu.my

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/ 4339