UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT

Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT

Wednesday, 31/05/2017

Share This Article :

Ramadan bukan penghalang bagi pelajar terpilih lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendaftar sebagai pelajar prasiswazah baharu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sejumlah 85 orang pelajar telah mendaftar secara rasmi pada 28 Mei 2017 lalu bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma Perikanan yang bernaung di bawah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur.

Selama empat hari, mereka telah mengikuti pelbagai program yang diaturkan dalam Minggu Jalinan Mesra (MJM) pelajar Diploma yang diselaraskan oleh pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan dibantu oleh Exco Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018.

Ucap Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, “sistem pemilihan adalah menggunakan prinsip meritokrasi di mana dengan menggunapakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum dan saudara-saudari yang berada di hadapan saya merupakan di antara pelajar yang terpilih dan melepasi sistem pemilihan tersebut dan terpilih untuk melanjutkan pengajian di UMT dalam program yang signifikan dengan bidang tujahan  UMT”, ujar beliau sempena Majlis Ikrar Pelajar program Diploma Perikanan baru-baru ini. 

Program Diploma Perikanan merupakan program tertua di UMT dan hanya terdapat dua (2) Universiti Awam sahaja di Malaysia yang menawarkan Diploma Perikanan iaitu UMT dan Universiti Putra Malaysia (UPM) cawangan Bintulu, Sarawak.

Selamat maju jaya diucapkan buat para pelajar baharu program Diploma Perikanan! Semoga kalian dapat mencipta pengalaman manis sepanjang menimba ilmu di UMT dan negeri Terengganu Darul Iman. bagai pelajar prasiswazah baharu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).