UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT won Best Journal Article (Science, Technology & Medical) award in MAPIM-KPT 2018

UMT won Best Journal Article (Science, Technology & Medical) award in MAPIM-KPT 2018

Monday, 30/04/2018

Share This Article :

Kuala Lumpur – Sebuah makalah jurnal terbitan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima Anugerah Makalah Jurnal (kategori Sains Teknologi dan Perubatan) sempena Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2017 bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

Makalah jurnal bertajuk Development of Mud Crab Crablet, The Identification of Ciliates and the Bioefficacy of Leaf Extract Of Rhizophora Apiculata as Anti-Protozoal Agent terbitan jurnal berwasit UMT, Journal of Sustainability Science and Management (JSSM) hasil penulisan 6 orang penyelidik UMT iaitu Nguyan Khanh Linh, Dr. Tran Nguyen Duy Khoa, Dr. Sandra Catherine Zainathan, Prof. Dr. Nadirah Musa, PM Dr. Najiah Musa dan Prof. Emer. Dr. Faizah Shaharom Harrison telah diangkat sebagai salah satu pemenang Anugerah Makalah Jurnal (kategori Sains Teknologi dan Perubatan).

Naib Canselor UMT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar ketika ditemui berkata, “saya amat amat bersyukur dan bangga dengan kegigihan penulis dari pelbagai pusat pengajian yang menyumbang kepakaran masing-masing dalam menjayakan penulisan makalah ini. Saya percaya, dengan sokongan oleh pelbagai pihak dalam UMT seperti Penerbit UMT, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dan lain-lain lagi, lebih ramai bakat terpendam dalam bidang penulisan dapat diketengahkan dan penerbitan UMT akan meningkat dalam masa terdekat ini. Saya menyeru lebih banyak lagi penerbitan buku-buku teknikal dalam bidang teknologi hijau, pengurusan sisa pepejal dan lain-lain bidang,” ujar beliau.

Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2017 ini merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah payung Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang telah menjangkau tahun ke-11 penganjurannya dalam mengiktiraf industri buku di Malaysia dan diadakan sempena penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018.

Pemenang anugerah membawa pulang trofi kemenangan berserta hadiah wang tunai dan sijil penyertaan dan hadir merasmikan Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2017 adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah MAPIM dengan diiringi Ahli-ahli Lembaga Pengarah MAPIM, Naib Canselor UMT dan Timbalan-timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam di Malaysia.