UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

SATREPS – COSMOS RESEARCH LABORATORY

SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY

Tuesday, 11/07/2017

Share This Article :

KUALA NERUS, 11 Julai – Menggunakan teknologi baharu dari Jepun dan pelbagai spesis mikroalga dari Malaysia yang kaya dengan biodiversiti, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti of Tokyo (UTokyo) menjalinkan kerjasama dalam merungkai potensi-potensi tinggi pelbagai sepsis-spesis mikroalga di Malaysia dan secara langsung, merapatkan jalinan kerjasama antara dua negara Asia.

Kerjasama ini adalah rentetan dari Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah ditandatangani pada 29 Februari 2016 antara UMT bersama-sama dua (2) buah institusi pendidikan lain bagi kerjasama teknikal dengan Japan Science Technology Research Partnership Strategy (SATREPS) dan antara dokumen yang telah dimeterai adalah bagi projek Continuos Operating System for Microalgae Culture Optimized for Sustainable Tropical Aquaculture (COSMOS).

 

Projek Continuos Operating System for Microalgae Culture Optimized for Sustainable Tropical Aquaculture (COSMOS) ini menempatkan beberapa peralatan berkapasiti tinggi daripada pihak Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Japan Science and Technology Agency (JST) yang mewakili kerajaan Jepun bagi tujuan projek penyelidikan tersebut dan ditempatkan Makmal Berpusat, UMT bagi kegunaan sepanjang penyelidikan berlangsung.

 

Ujar Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Hj. Mokhtar dalam ucapan pembukaan beliau, “perairan Malaysia kaya dengan kepelbagaian sepsis mikroalaga dan ini menarik minat COSMOS untuk mengadakan kerjasama dengan UMT dan dua buah institusi lain bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut potensi spesis-spesis ini dan dengan lebih daripada 30 peralatan berteknologi tinggi pemberian dari JICA-JST, hasil penyelidikan ini dapat menyumbang kepada dunia dalam pelbagai aspek penggunaan seperti dalam farmaseutikal, kosmetik, sumber makanan, perubatan dan lain-lain lagi”.

Antara tetamu lain yang hadir adalah Presiden Soka University, Profesor Yoshishi Baba, wakil dari JICA, Mr. Shinsaku Fukuzawa, Pengarah Projek JICA-JST COSMOS, Profesor Tatsuki Toda, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan wakil dari Universiti Selangor (UniSEL) yang turut dibawa melawat ke makmal SATREP-COSMOS dan sekitar kampus UMT.

 

 

Untuk Keterangan Lanjut:-

 

Institut Bioteknologi Marin

Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus

Terengganu
Tel  : 09 – 668 3104 / 3661
 

 

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 668 5086/ 4278

 

 

 

Rujukan:

 

1.     Laman Facebook Rasmi UMT

https://www.facebook.com/OfficialUMT/?ref=bookmarks

 

2.     Link gambar : Laman Facebook Media Kreatif UMT

https://www.facebook.com/pg/MediaKreatifUMTofficial

 

3.     Laman Rasmi COSMOS – SATREP

http://cosmos-satreps.org/about.html