UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT in LIMA ’17; Exuberant!

UMT in LIMA '17; Exuberant!

Wednesday, 29/03/2017

Share This Article :

Kuala Nerus, 28 Mac – Dua orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengharumkan nama UMT dengan memenangi dua kategori pertandingan dalam La Journée Francophone 2017 sempena perayaan minggu Francophonie di Malaysia.

Bertempat HELP College of Art and Technology (CAT), Kuala Lumpur. Bernard Lee How Kiat dari Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL) telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan video mengenai negara-negara yang bercakap Perancis bertajuk “Franco-tourisime” dengan hanya menggunakan 10 perkataan yang berkaitan dengan pelancongan.

Manakala bagi Lee Ru Shyan juga dari PPAL pula telah memenangi tempat ke tiga dalam pertandingan nyanyian telah mendendangkan lagu “La Vie en Rose” dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kedutaan Perancis bersama-sama Kedutaan Negara-negara Francophone di Malaysia dan HELP CAT.

Kemenangan manis ini cukup bermakna kerana dapat menebus kekalahan tahun lepas dan mereka telah mendapat bimbingan daripada Puan Sharifah Muzdalifah Syed Ahmad, guru bahasa Perancis UMT dan guru pengiring, Encik Shamsuddin Awang dari English Language Centre (ELC), UMT.

La Journée Francophone merupakan program tahunan bagi Kedutaan Perancis di Malaysia telah diadakan dengan bertujuan meningkatkan motivasi dalam pembelajaran bahasa Perancis dan semangat pelajar untuk bertutur dalam bahasa Perancis melalui program yang diadakan kerana mereka berpeluang berjumpa dengan pelajar luar daripada UMT serta penutur seperti duta-duta/pegawai kedutaan yang bertutur di dalam bahasa Perancis yang merupakan bahasa utama mereka.

Wartawan : Rosmawati Deraman, Pusat Komunikasi Korporat, UMT