UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)

EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)

Thursday, 16/03/2017

Share This Article :

Kuala Nerus, 11 Mac – Sebagai usaha bagi mengumpul dana menjayakan Misi Kemanusiaan Kemboja – Vietnam (Misi K), Event Management Club (EMAC) UMT dengan kerjasama daripada Angkatan Asas Sejahtera (ASAS) telah mengadakan Program Balloon X Charity Run (Misi K).

Program larian amal ini merupakan inisiatif dalam usaha mengumpul dana dan kewangan yang kelak akan dimasukkan ke dalam tabung Misi K untuk disumbangkan kepada masyarakat di Kemboja dan Vietnam.

Penyertaan larian yang dibuka kepada orang ramai ini turut mempromosikan gaya hidup sihat serta melahirkan pelajar yang mempunyai fizikal dan minda yang cerdas dan cergas.

Dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Koding bin Che Tom selaku Pengetua Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pelepasan para sukarelawan dan pelari seramai 488 orang turut dilakukan yang diketuai oleh saudara Abdul Aziz bin Mohamad Samah selaku Pengarah Program Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (Misi K) 2017 dan Saudara Abdul Syukur bin Abd Hamid selaku Pengarah Program Balloon X Charity Run (Misi K) yang melibatkan laluan sejauh tujuh kilometer.

Misi Kemanusiaan Kemboja – Vietnam (Misi K) akan dilaksanakan pada 21 hingga 27 Mac 2017 ini bakal melibatkan beberapa daerah di kemboja seperti Chenang, Kampung Chungkoh, Kemboja dan Maahad Anwar District 8, Vietnam.