UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT

STUDIO AL-QURAN ULUL ALBAB; PERTAMA DI BUMI ULUL ALBAB, BESUT

Sunday, 01/10/2017

Share This Article :

Besut, 29 Sept. – Hasil usaha tiga tahun bagi membangunkan sebuah institusi pengajian Al-Quran berfokus membuahkan hasil apabila Studio Al-Quran Ulul Albab, Besut dengan rasminya telah dilancarkan hari ini.

Studio Al-Quran Ulul Albab ini dilengkapi peralatan teknologi terkini yang mengintegrasi kan kaedah pembelajaran konvensional dengan bantuan penggunaan alatan elektronik terkini yang membolehkan para pelajar menguasai ilmu pengajian Al-Quran.

Merasmikan pembukaan studio berkenaan adalah YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) yang juga merupakan Ahli Parlimen Besut dalam ucapannya berkata, “Hasil usaha sebegini tidak seharusnya berhenti disini dan kita harus menjadi masyarat “peneroka”; yang mana penerokaan ilmu pendidikan adalah berterusan”.

Bagi permulaan, seramai 40 orang pelajar berusia 11 tahum dari pelbagai sekolah di sekitar daerah Besut telah terpilih melalui sesi temu duga dan mendaftar sebagai pelajar Studio Al-Quran Ulul Albab.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan 2 buah buku bertajuk “Buku Rentetan – Besut Bumi Ulul Albab” dan “Memartabatkan Generasi Ulul Albab : Peranan PPAL UMT”, sebuah modul pengajaran bertajuk “Modul Ulum Al-Quran Ulul Albab Edisi 1” serta penyerahan memorandum tanda sokongan konsep Besut Bumi Ulul Albab kepada YBM Dato’ Seri Idris Jusoh.

Hadir sama ke majlis perasmian adalah ADUN (Kota Putera), YB En. Mohd Mahdi Musa, YDP Majlis Kebajikan Pelajaran Besut, Haji Yusoff Kasim, Naib Canselor UMT dan Naib Canselor Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA).

 

Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu