UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Officiated the Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) programme and “ULUL ALBAB, MENYINGKAP KEAJAIBAN ISLAM” Book Launching in UMT

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Officiated the Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) programme and "ULUL ALBAB, MENYINGKAP KEAJAIBAN ISLAM" Book Launching in UMT

Wednesday, 06/01/2021

Share This Article :

Kuala Nerus, 30 Disember 2020- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini amat berbesar hati menerima kunjungan YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sempena pelancaran Program Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) dan pelancaran buku Ulul Albab, Menyingkap Keajaiban Islam.

 

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata program Inspirasi Pendidikan YaPEIM bermula tahun 2016 ini bertujuan membantu meningkatkan keupayaan para pelajar serta membantu keluarga B40 yang menghadapi masalah khususnya dalam membiayai urusan persediaan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan sesi persekolahan.

 

Tambahnya melalui inisiatif terbaharu dalam membantu golongan ini, YaPEIM tampil  dengan mewujudkan Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU).

 

“YaPEIM mensasarkan sehingga RM40 juta kutipan dana yang dijangka akan membantu sehingga 40,000 orang pelajar dengan kadar bantuan sehingga RM500.00 bagi pelajar sekolah dan sehingga RM1,000.00 bagi seorang pelajar IPT”.

 

“Sebagai tanda komitmen YaPEIM dalam menyantuni dan memperjuangkan nasib pelajar dari kalangan B40 ini, YaPEIM juga telah memperuntukkan dana awal berjumlah RM1 juta daripada sumber Tabung Amanah YaPEIM”. Tambahnya.

 

Menurutnya lagi sehingga kini bantuan persekolahan YaPEIM telah menyantuni 52,745 keluarga (99,469 orang anak) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.85 Juta manakala bagi bantuan IPT seramai 12,743 orang pelajar telah menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM6.37 Juta.

 

“ALHAMDULILLAH, pada hari ini, YaPEIM dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memberikan sumbangan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) kepada 680 orang pelajar dengan keseluruhan sumbangan bernilai RM340,000.00”.

 

“Sumbangan adalah berbentuk wang tunai yang disalurkan ke akaun universiti bagi membayar yuran pengajian dan lain-lain keperluan”. Ujarnya.

 

Dalam pada itu, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT mengalu-alukan kedatangan YB Menteri ke UMT serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak YaPEim di atas hubungan dan kerjasama yang sangat erat bersama UMT dalam  menangani isu kebajikan pelajar selama ini.

 

Tambahnya lagi Program Cakna kebolehpasaran graduan (GE) melalui Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) adalah program kolaborasi dengan Koperasi YaPEIM Berhad.

“Program ini bertujuan melatih 47 orang pelajar UMT di Pusat Gadaian Ar-Rahnu dan  mereka didedahkan dengan sistem gadaian Islam. Setelah selesai latihan, seramai 41 orang pelajar telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai Pembantu Eksekutif Operasi Ar Rahnu”.

“Penyerahan bantuan pendidikan Dana Inspirasi Malaysia IPT YaPEIM pada hari ini adalah sebagai usaha Kerajaan Persekutuan dalam menekankan aspek menyantuni dan memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat”. 


Beliau turut berterima kasih kepada YB Menteri atas inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

“Pihak kami bebesar hati kerana terpilih sebagai penerima Bantuan Pendidikan  Dana Inspirasi Malaysia IPT, (YaPEIM) sebanyak RM 340,000.00 kepada 680 orang pelajar yang terpilih dan penerima bantuan ini akan menerima RM500.00 seorang”. Ulasnya lanjut.

Dalam masa yang sama YB Menteri turut melancarkan buku “Ulul Albab : Menyingkap Keajaiban Islam”. Buku ini mengetengahkan hasil kajian saintifik melalui 9 artikel berkaitan keajaiban islam yang dilaksanakan oleh 23 orang penyelidik Universiti di seluruh Malaysia. Pelbagai penemuan telah dapat membuka minda para pembaca khususnya dalam bidang teknologi pemakanan, kesihatan, genetik dan penternakan binatang.



Program yang dijalankan di Studio Al Quran Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT ini turut dihadiri  Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Pegawai-Pegawai Utama dan Pegawai-Pegawai Kanan UMT, wakil-wakil Agensi di Bawah Pejabat Hal Ehwal Agama serta warga UMT yang mengikuti program melalui aplikasi WEBEX.

YB Senator Menteri turut mengadakan lawatan ke Cultural Heritage Digital Gallery; Connecting The Past For The Future” untuk melihat Manuskrip al Quran Terengganu yang ditonjolkan dalam bentuk teknologi Augmented Reality. Galeri ini adalah inisiatif Pusat Islam Sultan Mahmud UMT dengan kerjasama Ericsson Malaysia untuk memelihara warisan kesultanan Terengganu.


Keterangan lanjut hubungi:
Encik Zainudin bin Mamat
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEPA)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Tel: 09-6684596
Emel: zainudin75@umt.edu.my



Disediakan oleh:
Rozita binti Alias @ Abdul Latiff
Pejabat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu