Monday, 24/07/2017
Share This Article :
SETIU, 23 Julai – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengorak langkah dan menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merasmikan Projek Penyelidikan Translasional Kuda Laut & Belangkas UMT yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh hari ini.
Tahun 2017 telah dinobatkan sebagai tahun “Penyelidikan Translasional” yang bertujuan untuk memberi lebih perhatian kepada program dan aktiviti yang dapat memberikan lebih manfaat kepada komuniti, sekali gus memberi impak ke arah turut membantu menyelesaikan masalah negeri dan negara disamping impak kepada isu global.
Pendekatan Penyelidikan Translasional ini mampu mengubah paradigma pemikiran dan mewujudkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan ilmu penyelidikan dalam membantu kehidupan seharian mereka.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang merupakan universiti terulung dalam ilmu kelautan yang ditunjangi kepakaran dan fasiliti penyelidikan marin terbaik di Malaysia dan merupakan salah satu madah utama KPT dalam menerokai kepelbagaian biologi, Kejuruteraan Lautan, Oseanografik dan konservasi spesis unik Negara.
UMT telah mengumumkan dan mengangkat 2 projek penyelidikan translasional iaitu membangunkan populasi kuda laut dan belangkas sebagai usaha membantu meningkatkan pendapatan masyarakat pesisir pantai, sekaligus membantu kerajaan negeri dalam memulihara habitat fizikal marin.
Dikeluarkan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu