UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin

UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin

Thursday, 27/04/2017

Share This Article :

SUNGAI PETANI 22 April – Universiti Malaysia Terengganu meneruskan pencarian juara bagi pertandingan ‘Choral Speaking’ peringkat kebangsaan sempena sambutan World Oceans Week (WOW’17).

Pertandingan yang diadakan di sini merupakan Zon C melibatkan 17 buah sekolah berasrama penuh iaitu SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, SM Sains Kuching, SM Sains Kepala Batas, SM Tuan Syed Sheikh Shahabuddin, SM Sultan Abdul Halim, SM Sains Kubang Pasu, SM Sains Pokok Sena, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, SM Sains Tuanku Syed Putra, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, SM Sains Tapah, SM Sains Teluk Intan, SM Sains Bagan Datoh dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.

Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMT, Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab berkata, pertandingan ini diadakan serentak mengikut Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Selatan masing-masing bertempat di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Menurutnya, pertandingan ini hasil kerjasama antara UMT dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta MOSTI merupakan usaha untuk menarik minat pelajar dalam menceburi bidang kelautan dan sumber akuatik serta mewujudkan kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar khususnya hidupan marin dikalangan pelajar.

“Setelah peringkat saringan yang diadakan bagi setiap zon termasuk Sabah dan Sarawak, kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya akan dijemput untuk membuat persembahan mereka di peringkat akhir yang akan diadakan pada 6 Mei 2017 di UMT sempena Majlis Perasmian Sambutan WOW ’17,” katanya.