UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang

Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang

Monday, 15/05/2017

Share This Article :

KUALA NERUS, 6 Mei – Berkonsep “turun padang”, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), SW Corp Malaysia dan RD Papers Sdn. Bhd. bagi menjayakan program ‘Beach Clean Up’ dimana, kutipan sampah hasil program berkenaan serta hasil barangan kitar semula akan diproses dan dilupuskan terus di lori kitar semula RD Papers Sdn. Bhd. yang berada di lokasi.

Disertai oleh para pelajar UMT serta pelajar antarabangsa daripada program TROPIMUNDO Erasmus Mundos dan komuniti sekitar, sampah-sampah akan dikumpulkan dalam plastik sampah sumbangan MBKT dan disaring mengikut pengkelasan sampah kitar semula oleh SW Corp dan boleh terus dijual kepada lori RD Papers Sdn. Bhd. dan ini merupakan antara usaha meningkatkan kesedaran orang ramai kepentingan menjaga kebersihan pantai dan sekitar selain merupakan antara program CSR (Corporate Social Responsibility) RD Papers Sdn. Bhd., SW Corp Malaysia (cawangan Negeri Terengganu) dan MBKT.

Penganjuran Karnival WOW 2017 ini merupakan antara pengisian sempena sambutan World Oceans Week (WOW) (Minggu Lautan Sedunia) yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar pada 6 Mei lalu bertemakan “Our Oceans, Our Future” dengan jadual aktiviti yang padat bermula April sehingga Julai kelak.

Naib Canselor UMT ketika ditemui selepas program Beach Clean Up berkata, “sebagai universiti berfokus dengan Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik sebagai tujahan utama, UMT akan meneruskan usaha memberi kesedaran dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat secara langsung bersama UMT melindungi alam sekitar dan menyemai semangat untuk bersama-sama memulihara dan melindungi biodiversiti marin”, ujar beliau.

Karnival sehari ini bermula dengan aktiviti “Senam Seni Samudera Pagi” pada 7.30 pagi dan diteruskan dengan aktiviti lain yang telah diatur seperti pertandingan membina Istana Pasir Hidupan Lautan, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bertemakan Lautan, pertandingan SURAKTER (Sukan Rakyat Terengganu), Pameran Kesedaran Marin dan Laut, sesi Karaoke Santai Terbuka serta pemeriksaan kesihatan percuma terbuka kepada para pengunjung.