UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

COVID-19 : UMT LANCAR TABUNG KHAS BANTU MAHASISWA

COVID-19 : UMT LANCAR TABUNG KHAS BANTU MAHASISWA

Tuesday, 24/03/2020

Share This Article :

Kuala Nerus, 23 Mac. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengumumkan telah melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 hari ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata inisiatif itu bagi tujuan membantu para pelajar yang terkesan dengan pendemik COVID-19.

“Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan samada berbentuk makanan atau barangan keperluan khas kepada kumpulan pelajar yang berkeperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 30 Mac 2020.

“Memandangkan ada pihak luar yang baik hati ingin menghulurkan bantuan dan peka akan kesulitan yang dialami oleh mahasiswa yang terkesan dengan penularan COVID-19, jadi kita wujudkan Tabung Khas COVID-19 bagi memudahkan penyaluran sumbangan dana tersebut.

“Pihak kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian atau masakan mengikut keselesaan penyumbang. Kita ada badan sukarela yang akan menguruskan sumbangan berbentuk barangan seperti Act of Kindness (AOK) dan Gerobok Rezeki (GR) yang telah bergiat aktif dalam membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan bahan makanan dan keperluan harian.

Sumbangan tabung khas itu boleh dibuat melalui akaun CIMB Bank – 8601751742 (COVID-19).

Tambah beliau, inisiatif pemberian makanan dan barangan percuma itu ialah untuk mengurangkan beban dan kerisauan seterusnya mengehadkan pergerakan semua penuntut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Seramai 1,578 penuntut UMT yang kekal di dalam dan luar kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu