UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT YAKIN MAMPU TANGKIS CABARAN 2020 DENGAN PIMPINAN BAHARU

UMT YAKIN MAMPU TANGKIS CABARAN 2020 DENGAN PIMPINAN BAHARU

Wednesday, 01/01/2020

Share This Article :

Hari ini merupakan permulaan bagi tahun 2020. Banyak agenda universiti yang perlu dilunaskan sepanjang tahun ini. Malah bagi kebanyakan insan juga telah tanamkan azam baharu agar diri lebih bersemangat serta mempunyai matlamat yang jelas.

 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga tidak ketinggalan dalam merencanakan perancangan serta organisasi pentadbiran. Bagi menggerakkan agenda yang ditetapkan, UMT telah melantik beberapa pemimpin baharu bagi mengisi jawatan-jawatan penting yang menjadi penggerak kepada dasar universiti.

 

Antara pemimpin yang dimaksudkan tersebut ialah Zukiferee Ibrahim yang telah memulakan tugas sebagai Pendaftar UMT berkuatkuasa 1 Januari 2020. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pendaftar di Pejabat Naib Canselor dan juga Ketua Unit Integriti. Peralihan portfolio ini bakal memberi impak besar kepada pentadbiran universiti terutama berkaitan pengurusan sumber manusia.

 

Selain itu, UMT juga menerima Bendahari baharu iaitu Azizah Hasan bagi menggantikan Zahara Kedri yang telah bersara pada 18 Disember 2019. Beliau yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Bendahari UMT telah menjalankan fungsi tersebut dengan baik dan merupakan calon yang tepat.

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UMT tidak terkecuali daripada penstrukturan semula organisasi. Bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah PKK, pengurusan tertinggi UMT telah bersetuju melantik Syirfan Indra Mitra Surya Husin sebagai Pengarah PKK yang baharu. Beliau yang sebelum ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran dan telah berkhidmat di beberapa agensi media dan stesen tv swasta bersedia memberi sumbangan dalam menaikkan imej UMT.

 

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (AKademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor dalam ucapan sempena tahun baharu 2020 berkata dengan perubahan penstrukturan itu dapat meningkatkan keupayaan dan keutuhan UMT sebagai sebuah institusi akademik yang mempunyai keupayaan penyelidikan dan sokongan fasiliti yang lengkap selain menyeru warga UMT untuk terus kerja keras untuk lakukan yang terbaik bagi menghasilkan output berimpak dan menjadi rujukan.

 

“UMT bukan sahaja dilihat sebagai penyumbang idea, bahkan sebagai sumber pengetahuan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat umum.” Katanya.