UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT rai 1,601 bakal graduan, ijazah secara anumerta

UMT rai 1,601 bakal graduan, ijazah secara anumerta

Thursday, 08/12/2022

Share This Article :

UMT rai 1,601 bakal graduan, ijazah secara anumerta

 

Seramai  1,601 pelajar terdiri daripada peringkat Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Sarjana Muda, Diploma dan Asasi diraikan sempena  majlis konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diadakan selama dua hari bermula 11 Disember 2022.

 

Tuanku Canselor UMT,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, berkenan mencemar duli untuk berangkat ke Majlis Konvokesyen UMT ke-20 Sidang 1 yang diadakan  Dewan Sultan Mizan, UMT kampus Kuala Nerus.

Baginda berkenan untuk menyampaikan anugerah-anugerah utama universiti kepada para graduan yang berjaya sepanjang pengajian mereka.

 

Ijazah Kehormat, Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro-Canselor, Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Anugerah Naib Canselor (Terbaik Fakulti) antara anugerah yang akan disampaikan dalam penganjuran Majlis Konvokesyen UMT ke-20.

UMT turut mengurniakan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Dato’ Dr. Annabel Teh Gallop atas sumbangan beliau mengangkat warisan Negara terutama dalam aspek persuratan, seni dan budaya.

Selain itu, Dato’ Rozano Saad juga antara barisan penerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Teknologi berdasarkan ketokohan dan kewibawaan mengemudi syarikat gergasi minyak dan gas di peringkat antarabangsa.

Penganjuran majlis konvokesyen UMT ke-20 juga turut menganugerahkan Ijazah Secara Anumerta kepada waris pelajar yang meninggal dunia akibat kanser darah.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu