UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT DIIKTIRAF Jurnal Crème 2019

UMT DIIKTIRAF Jurnal Crème 2019

Wednesday, 06/11/2019

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mendapat pengiktirafan dalam penerbitan jurnal sempena majlis Anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal Crème 2019 yang diadakan di Zenith Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

Pengiktirafan Jurnal Crème 2019 yang diberikan kepada UMT atas penerbitan jurnal ilmiah yang cemerlang, berkualiti, serta melaksanakan strategi yang berjaya untuk terus berkembang dan menjadikan jurnal ilmiah UMT kelihatan di peringkat global.

Ketua Editor Journal UMT, Prof. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah berkata kejayaan itu hasil sumbangan editor UMT terdahulu semenjak tahun 2006 dan telah terindeks dalam SCOPUS pada tahun 2009.

“Alhamdulillah, JSSM UMT telah mendapat pengiktirafan sebagai jurnal berpotensi tinggi dalam Jurnal Crème 2019. Terima kasih juga kepada pengurusan tertinggi UMT terutamanya Naib Canselor dan juga Timbalan-Timbalan Naib Canselor kerana memberi sokongan kepada penerbitan jurnal UMT.

“InsyaAllah, kita jangkakan akan mendapat pengiktirafan web of science (Main Collection) pada tahun depan melalui core collection. Pada tahun ini, kita akan cuba dapatkan Potential Science Citation Index sebelum kita dapat sitasi penuh pada tahun depan”.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar turut mengucapkan syabas dan tahniah atas penganugerahan itu.

“Sekalung tahniah dan syabas kepada pasukan penerbitan jurnal UMT kerana telah bertungkus lumus berusaha dalam meletakkan penerbitan UMT berimpak tinggi dan mendapat Pengiktirafan Jurnal Crème 2019”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu