UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2019 (ELCA 2019) TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS MAHASISWA

ENGLISH LANGUAGE CARNIVAL 2019 (ELCA 2019) TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS MAHASISWA

Wednesday, 02/10/2019

Share This Article :

Kuala Terengganu– Seramai 500 pelajar sarjana muda dari semua Universiti Awam (UA) menyertai English Language Carnival 2019 (ELCA 2019) bertempat di Kampus UMT dan UniSZA, Kuala Nerus pada 26 hingga 27 September 2019.

 

ELCA 2019 dianjurkan bersama oleh UMT dan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

 

Karnival tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar meneroka dan menggunakan Bahasa Inggeris serta memberi ruang kepada mereka untuk meningkatkan minat dan usaha untuk memperkasa penggunaan Bahasa Inggeris di universiti.

 

Menurut YBhg. Datuk IR. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, aktiviti dan pertandingan yang dirancang memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (student centered learning) dan pembelajaran berasaskan komunikatif (communicative based learning) di tahap B1 Common European Framework of Reference (CEFR). Disamping itu, aktiviti menggunakan augmented reality serta berasaskan teknologi juga banyak diterapkan di ELCA 2019 selaras dengan Education 4.0.

 

“Selain memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa mempamerkan kompetensi mereka menggunakan Bahasa Inggeris melalui aktiviti dan pertandingan yang dirancang, ELCA 2019 juga telah berjaya menghubung jalin dengan beberapa industry”.

 

“Ini adalah sebahagian dari usaha untuk meningkatkan motivasi peserta serta membina keyakinan diri untuk bertutur di dalam Bahasa Inggeris”.

 

 

Tambahnya ELCA 2019 disifatkan sebagai satu langkah proaktif yang diambil oleh JPT bagi mewujudkan satu ekosistem kondusif yang memberi ruang dan pelbagai peluang untuk pelajar universiti awam mempertingkat kompetensi mereka di dalam Bahasa Inggeris.

 

Profesor Dato` Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar Naib Canselor UMT turut menyokong karnival ini mampu meningkatkan keyakinan dan kesediaan mahasiswa dalam menghadapi peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).

 

 

 

Perasmian penutup karnival ini diadakan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu pada hari ini turut dihadiri Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Halim bin Mohammad Pengerusi Lembaga Pengarah UMT,   Profesor Dato` Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan Naib Canselor UniSZA serta Pegawai-pegawai Utama kedua-dua universitI.

 

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu