UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Dua perpustakaan universiti jalin kerjasama

Dua perpustakaan universiti jalin kerjasama

Monday, 09/10/2023

Share This Article :

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) memeterai surat niat (LoI) bagi mempertingkat jaringan kolaborasi antara perpustakaan universiti pantai timur itu.

Kerjasama tersebut akan menghasilkan sumber rujukan dalam penyelidikan, keilmuan serta pembelajaran sepanjang hayat bagi perpustakaan akademik kedua-dua universiti.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, kolaborasi tersebut berupaya meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan perpustakaan selain menawarkan pelbagai program kerjasama yang bakal dan telah dirancang.

“Kedua belah pihak harus menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap peluasan akses, perkongsian sumber, pembangunan bakat dan penganjuran program berkualiti bertaraf antarabangsa.

“Komitmen kedua pihak dalam memorandum kolaborasi ini adalah memperluaskan akses dan perkongsian maklumat, perkhidmatan, keahlian dan sumber perpustakaan”. Katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatangani Letter of Intent dan Majlis Pelancaran Book Café UMT baru-baru ini.

Dr. Mazlan berkata, kerjasama tersebut penting agar maklumat lebih luas dan pelbagai dapat diakses dan seterusnya penggunaan bersama dari segi sumber, perkhidmatan dan kemudahan.

“Sehingga kini, jumlah koleksi rujukan di PSNZ adalah sebanyak 3,426,671 judul dan 3,466,195 naskhah melibatkan bahan rujukan bercetak, elektronik dan digital”

“Manakala kemudahan pula adalah seperti Auditorium berkapasiti 220 orang, Bilik Karel (27 bilik), Bilik Perbincangan (10 bilik), Smart Learning Space (4 ruang), Post Graduate Lounge, Silent Room (40 pengguna), Bilik Perbincangan Interaktif (2 bilik), Game Room, Maker Room, Mini Studio dan Bilik Multimedia (40 pengguna), Mohamad Hariri berkata, kerjasama tersebut penting agar maklumat lebih luas dan pelbagai dapat diakses dan seterusnya penggunaan bersama dari segi sumber, perkhidmatan dan kemudahan”.

Ujarnya, manfaat lebih besar akan dinikmati oleh pengguna perpustakaan khususnya warga pelajar yang sering mengakses pusat sumber itu sebagai bahan rujukan utama untuk mendapatkan maklumat sekiranya kolaborasi itu dijayakan dengan sepenuhnya.