UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT LANTIK “THE POCKET ROCKET MAN” SEBAGAI KARYAWAN TAMU UTAMA DAN PENERIMA KHAS ANUGERAH BIASISWA TUANKU CANSELOR

UMT LANTIK “THE POCKET ROCKET MAN” SEBAGAI KARYAWAN TAMU UTAMA DAN PENERIMA KHAS ANUGERAH BIASISWA TUANKU CANSELOR

Monday, 30/08/2021

Share This Article :

Kuala Nerus, 26 Ogos 2021- Buat julung kalinya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni melantik Dato’ Mohd Azizulhasni Awang sebagai Karyawan Tamu Utama UMT bermula 3 November 2020.

 

Selain daripada itu Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata UMT amat berbesar hati menawarkan Biasiswa Tuanku Canselor bagi tempoh dua tahun.

 

“UMT turut mencalonkan beliau sebagai penerima Angerah Ijazah Kehormat, UMT pada masa akan datang bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada negeri Terengganu dan UMT khususnya atas sumbangan kepada warga UMT sepanjang lantikan beliau”.

 

Tambahnya antara tujuan pelantikan sebagai Karyawan Tamu Utama adalah untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman yang akan membawa kepada kerjasama penyelidikan dalam bidang sukan serta kepakaran beliau kepada warga UMT sendiri dan juga komuniti negeri Terengganu.

 

Dalam masa yang sama hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan “The Thinking Athletes” akan dibawa bersama dalam agenda pelantikan Karyawan Tamu Utama UMT.

 

Anak jati Dungun, Terengganu itu turut dikenali sebagai “The Pocket Rocket Man” kerana memiliki fizikal yang kecil dan keupayaannya mencelah dan memecut di saat akhir menuju ke garisan penamat perlumbaan.

 

Beliau merupakan Negarawan dalam bidang sukan dan atlet sukan yang pertama di Malaysia dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT berdasarkan jasa, pencapaian dan kejayaan beliau kepada negara Malaysia amnya dan negeri Terengganu khasnya melalui bidang sukan.

 

Rentetan daripada pelantikan daripada UMT, menjadikan beliau anak kelahiran Terengganu yang pertama diiktiraf oleh universiti awam di Malaysia dengan mengambilkira kepada anak kelahiran Dungun, Terengganu.

 

Tambah Profesor Dr. Mazlan lagi UMT amat bertuah pada hari ini apabila berjaya membawakan penampilan khas Karyawan Tamu Utama UMT, Dato’ Mohd Azizulhasni untuk menjayakan program Webinar OSWEB khas.

 

Untuk rekod, Dato’ Mohd Azizulhasni bin Awang merupakan atlet Olimpik Malaysia yang telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2021 dan pingat gangsa Sukan Olimpik di Rio De Janeiro 2016.

 

Beliau juga telah dianugerahkan dengan pingat kebesaran negeri Terengganu iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

Emel: pro@umt.edu.my

Tel: 09-6684418/4261