Kuala Nerus- Sebanyak sepuluh piala iringan dalam lapan acara sukan telah menjadi rebutan dalam Kejohanan Inter School Sport Fiesta (ISSF) 2019 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah melabuhkan tirainya pada sabtu lepas setelah tiga hari dipertandingkan.

Kejohanan Inter School Sport Fiesta (ISSF) yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan majlis penutupnya oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, Timbalan Naib Canselor HEPA UMT. Kejohanan ini berlangsung di Komplek Sukan Tengku Muhammad Ismail bermula 18 hingga 20 April 2019.

Menurut Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi, Sukan Antara Pusat Pengajian (SUAPP) merupakan acara sukan tahunan bagi warga UMT ini telah dijenamakan semula pada tahun ini kepada Kejohahan Inter Sport Fiesta (ISSF).

Tambahnya lagi objektif utama kejohanan ini diadakan adalah memberi ruang dan peluang kepada warga UMT terutamanya Pusat Pengajian untuk mengamalkan aktiviti sihat dalam bidang sukan sekaligus mengeratkan persefahaman dan kerjasama di anatara semua staf akademik dan bukan akademik.

Dalam kejohanan sukan tahunan ini menyaksikan antara acara sukan yang dipertandingkan ialah sebanyak lapan acara sukan iaitu badminton, futsal wanita, ragbi, bola sepak, bola keranjang, bola tampar bola jaring dan olahraga.

Dalam pada itu Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (4PM) telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dan telah membawa pulang piala pusingan.

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu