Kuala Nerus, 25 Februari 2019 – Golongan mahasiswa di­ingatkan supaya sentiasa menyedari mereka merupa­kan kumpulan pemangkin dan aset penting kepada pembangunan negara selain bakal meneruskan legasi kepemimpinan pada ma­sa hadapan.

 

Sehubungan itu, Naib Canselor UMT, YBhg. Kepten (K) Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, beliau mahu melihat mahasiswa UMT terus ke hadapan dan menjadi generasi pelapis contoh negara.

 

“Setiap anggota Badan Beruniform UMT perlu sentiasa meningkatkan sahsiah diri yang baik dan sekaligus boleh menjadi mahasiswa contoh kepada yang lain dalam apa jua segi terutama berkaitan dengan perwatakan, sikap yang baik dan keputusan akademik masing-masing. Percayalah, didikan dan tanggungjawab dalam setiap Badan Beruniform mampu menjadikan mahasiswa holistik.

 

“Di samping itu, mahasiswa juga perlu seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,” katanya ketika ber­ucap merasmikan Hari Perbari­san Pembukaan Perbarisan Pembukaan Badan Beruniform UMT Semester 2 2018/2019 hari ini, di sini.

 

Dalam majlis itu, Aieni turut diberi penghormatan melakukan pemeriksaan perbarisan di hadapan kira-kira 350 orang kontinjen badan-badan beruniform terdiri daripada 6 platun Badan Beruniform PALAPES Laut, SUKSIS, SISPA, Wataniah, Kadet Nautika dan Pengakap Laut.

 

“Selain kecemerlangan akademik, penyertaan dalam pelbagai aktivi­ti kokurikulum dan badan-badan unit beruniform memberi nilai tambah serta membantu mahasiswa memenuhi aspek pe­mimpin masa depan. Ujar beliau.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu