UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT, WorldFish meterai MoU fokus kecukupan bekalan makanan

UMT, WorldFish meterai MoU fokus kecukupan bekalan makanan

Wednesday, 25/05/2022

Share This Article :

Kuala Nerus, 24 Mei 2022 – Pemeteraian kerjasama antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Worldfish telah memperluaskan lagi rangkaian dibidang perikanan peringkat antarabangsa.

Perjanjian Persefahaman (MoU) itu bertujuan membangunkan dan memperkuatkan penyelidikan dalam bidang perikanan dan akuakultur di Malaysia selari dengan matlamat penubuhan UMT serta bidang kepakaran akademik.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Ts. Dr. Zamri Ibrahim berkata hubungan kerjasama yang telah terjalin sejak tahun 2017 itu selari dengan misi “Zero Hunger”.

“Skop MoU ini bukan sahaja menfokuskan kepada aktiviti dan penerbitan penyelidikan malah diperluaskan kepada program sangkutan dan mobiliti staf dan pelajar, penyeliaan, persidangan serta program penyelidikan khas berjangka pendek dan Panjang.

“Kerjasama ini juga menyokong misi “Zero hunger” dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (2030 Sustainable Development Goals) melalui sains dan inovasi, terutamanya menerusi transformasi makanan, tanah dan air serta makanan akuatik untuk kehidupan yang lestari dan mampan”. Katanya.

Terdahulu, UMT menerima geran antarabangsa bernilai RM165,000.00 bagi menjalankan penyelidikan secara kolaborasi dengan Chattogram Veterinary and Animal Sciences University (CVASU).

UMT sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terkenal dengan penyelidikan marin dan sumber akuatik serta telah mendapat pelbagai pengiktirafan penting diperingkat nasional dan antarabangsa.

Selain itu, kepakaran, aset dan pencapaian yang dimiliki sering dijadikan rujukan oleh badan kerajaan, swasta dan juga pengamal media.

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu