KUALA NERUS – Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu mencipta pekerjaan sebagai usahawan setelah beberapa usaha memperkasakan bakat dan minat pelajar digilap melalui penganjuran kursus jangka pendek yang diiktiraf.

Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali ketika ditemui berkata mahasiswa UMT dilengkapi dengan beberapa kursus kemahiran jangka pendek yang dikeluarkan sijil pengiktirafan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan agensi yang menjadi tenaga pengajar.

“Program YOUTH SKILLS @ KOLEJ SISWA memberi nilai tambah kepada para pelajar dengan mempelajari teknik-teknik baru dalam bidang kemahiran untuk persediaan menghadapi persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan yang kian kompetitif.

“Program pemerkasaan kemahiran bersijil antaranya Bengkel Barbering, Pastry Making, Solekan dan Penghasilan Kuih Raya.

Tambah beliau, secara okjektifnya program ini dapat memberi peluang kepada para mahasiswa UMT untuk menonjolkan bakat masing-masing dan mendapat ilmu bermanfaat yang boleh diaplikasi pada masa akan datang seterusnya mampu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan.

Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Youth Skills @ Kolej Siswa dan Iftar Perdana 2019 di Universiti Malaysia Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09 – 6684261