UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

TAF UMT DEDAH PENGALAMAN KERJA SEBENAR

TAF UMT DEDAH PENGALAMAN KERJA SEBENAR

Thursday, 05/12/2019

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus merintis inisiatif baharu dalam melengkapkan pelajar yang seimbang dalam aspek akademik mahupun kemahiran soft-skill bagi memenuhi permintaan industri.

Bagi mencapai sasaran tersebut, pihak UMT berjaya menyediakan platform kepada pelajar untuk menimba pengalaman berada dalam industri melalui program 2U2I dengan kerjasama Salihin Chartered Accountant.

Program khas itu bertujuan membuka peluang kepada pelajar dalam melahirkan pelajar melahirkan pelajar yang mempunyai pakej lengkap dengan memberi pendedahan pengalaman kerja kepada pelajar berada dalam industri ketika pengajian di kampus.   

Menurut Norain Nordin, 21, yang juga peserta program TAF-UMT berkata program yang disertai itu sangat membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan alam pekerjaan sebenar selain mempelajari teknik komunikasi dengan baik.

“Saya sertai program ini pada semester 2. Program ini sangat membantu saya dalam merasai sendiri pengalaman bekerja sebenar dan cabaran yang berlaku dalam industri. Saya juga dapat mempelajari pelbagai aplikasi yang digunapakai pihak industri seperti SPS, MyOb dan sebagainya”. Ujar Norain, pelajar tahun 3 bagi program Sarjana Muda Perakaunan UMT.

“Selain itu, pendedahan berkaitan ilmu percukaian serta berkomunikasi secara terus dengan agensi luar juga memberi nilai tambah kepada saya untuk memperbaiki cara berkomunikasi lebih baik.

Beliau antara lima peserta yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program ‘Teaching Accountancy Firm’ (TAF) UMT yang diraikan dalam majlis penghargaan TAF UMT turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan sijil.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Prof. Mohd Shaladdin Muda, Dekan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, (Dr.) Salihin Abang, Profesor Adjung UMT yang juga pengasas Firma Salihin, pensyarah-pensyarah UMT serta pelajar.

 

 

Dikeluarkan Oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu