UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

KAJIAN MIKROPLASTIK DALAM UDARA DIANGKAT JUARA SRD2020

KAJIAN MIKROPLASTIK DALAM UDARA DIANGKAT JUARA SRD2020

Tuesday, 15/09/2020

Share This Article :

Projek penyelidikan Airbonne Mikroplastik yang dijalankan oleh Naresh Kumar Chenappan diumum sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah Student Reseach Day 2020.

 

Pengumuman itu secara tidak langsung melayakkan pelajar Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Sekitaran) membawa pulang wang tunai bernilai RM500.00, trofi dan sijil.

 

Projek Airbonne Microplastics mendapat sokongan padu daripada Dr. Noorlin Muhamad dan Dr. Tuan Nurul Sabiqah Tuan Anuar selaku penyelia projek.

 

“Saya tidak sangka projek Airbonne Mikroplastik yang dijalankan mendapat pengiktirafan hingga tahap ini. Ini merupakan kejayaan besar yang diterima dan saya sangat gembira.

 

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat serta menyokong saya dalam menjalankan kajian ini terutamanya penyelia, petugas makmal, Microplastics Reseach Group dan rakan-rakan”.

 

Kajian itu membuktikan bahawa terdapat pencemaran mikroplastik dalam udara yang boleh menjejaskan system pernafasan manusia dan menyumbang kepada penyakit kronik.

 

Menurut Naresh, kajian yang dijalankan beliau merupakan antara pertama seumpamanya.

 

“Sebelum ini kebanyakkan penyelidik hanya fokuskan kepada mikroplastik dalam air terutamanya lautan yang boleh menjejaskan ekosistem. Setelah beberapa pertimbangan dibuat, saya memilih untuk menjalankan kajian mikroplastik dalam udara disamping sokongan penuh daripada dua orang penyelia”.

 

Student Research Day Award 2020 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu itu berjaya mengumpul sebanyak 1,935 abstrak pelajar daripada lima buah fakulti serta 117 penerima anugerah.

 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengangkat hasil penyelidikan masing-masing.

 

 

“Semoga SRD2020 menjadi medium penambahbaikan kepada kehidupan, pengkayaan ilmu pengetahuan baharu serta kepelbagian inovasi terhadap produk penyelidikan khususnya berkaitan bidang tujahan UMT dan secara tidak langsung usaha ini memberi impak besar kepada jenama UMT”. Katanya.

 

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu