KUALA NERUS, 30 September 2018 – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melebarkan sayap dalam memperkasa bidang penyelidikan apabila memeterai perjanjian Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding) dengan East of Anglia University (UEA) hari ini, di sini.

 

Perjanjian ini dilihat mampu melonjakkan kualiti dan prestasi penyelidikan yang dilakukan bersama-sama kedua-dua institusi pendidikan itu selain meningkatkan penjenamaan UMT.

 

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata jalinan kerjasama ini juga dilihat sebagai medium untuk membangunkan kerjasama dalam penyelidikan serta memperkukuhkan jalinan usahasama antara kedua-dua universiti.

 

“Kita memfokuskan bidang sains kimia, alam sekitar dan juga oseanografi. Kursus-kursus atas talian juga diberi perhatian seperti latihan-latihan atas talian yang mampu memberi ruang perkongsian ilmu tanpa memerlukan belanja yang besar.

 

Tambah beliau, kolaborasi itu juga sebagai medium perkongsian sumber-sumber penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan serta memberi peluang bagi program pertukaran pelajar dan penyelidik sekiranya perlu.

 

Turut hadir dalam majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman itu ialah Prof. Philip Gilmartin, Pro Naib Canselor University of East Anglia, Pegawai-Pegawai Utama UMT dan delegasi University of East Anglia.

 

Untuk keterangan lanjut :

 


Dr. Laili Binti Haji Che Rose

Pengarah

Pusat Asasi STEM

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6683908

Emel : laili@umt.edu.my

 

 

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

Universiti Malaysia Terengganu