KUALA NERUS – Para asnaf di sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu
menarik rasa lega selepas pihak UMT mengadakan program Tusyen Rakyat, Asnaf To Asnaf
(A2A) kepada pelajar-pelajar sekolah dari kalangan keluarga miskin dan sederhana.
Komuniti sekitar UMT yang rata-rata terdiri dari kalangan nelayan dan petani kecil perlu
diberi perhatian dan peluang pendidikan terbaik kepada generasi pelapis agar dapat
mengubah taraf hidup keluarga.
 
Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud, Dr. Riswadi Azmi berkata, program A2A direka khas
bagi mewujudkan platform perkongsian ilmu daripada siswa kalangan asnaf kepada pelajar-
pelajar sekolah yang juga terdiri dari kalangan asnaf.
 
“Dengan program ini, kita telah buat beberapa siri ujian saringan asnaf pelajar UMT untuk
diberi latihan secukupnya untuk menjadi tenaga pengajar kepada pelajar sekolah melalui
tusyen yang diwujudkan. Asnaf siswa UMT menerima saguhati RM800 setiap seorang hasil
sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk Bank Rakyat sepanjang dua bulan program ini
berlangsung”.
 
“Projek ini dapat membantu asnaf pelajar UMT yang menghadapi masalah kewangan di
samping mereka boleh memberi sumbangan semula dalam bentuk kerja-kerja sukarelawan
sekaligus keyakinan diri pelajar juga bertambah dengan melaksanakan tugas mengajar
murid”.
 
Tambah Dr. Riswadi, murid-murid terlibat dijangka lebih menguasai 3M (Membaca, Menulis,
mengira) di samping meningkatkan pembangunan sahsiah diri dan memberi motivasi untuk
terus belajar.
 
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. TS. Dr. Che Ruzaidi bin Ghazali
dalam ucapannya berkata seramai 80 asnaf mahasiswa UMT telah menjadai guru dan
mentor kepada 300 orang asnaf murid dari 3 buah sekolah berdekatan UMT.
Menurutnya 5 subjek utama yang diajar iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa
Melayu dan Agama telah dilaksanakan di dewan solat Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT
pada setiap sabtu bermula Mac 2019.
 
Tambahnya lagi UMT sentiasa komited dengan memastikan kesejahteraan dan
pembangunan asnaf mahasiswa UMT juga sentiasa cakna dengan keberadaan UMT di dalam
komuniti.
 
Sementara itu, YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrain Shah Raja Ahmad, Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapan perasmiannya turut berkata
Model Pembangunan Asnaf yang diperkenalkan itu dapat melatih pelajar tingkat soft skill
dalam diri masing-masing.
 
“Saya percaya ia bukan sekadar bantuan sumbangan zakat kepada pelajar, bahkan melalui
inisiatif baharu ini, ia memberi peluang kepada pelajar universiti untuk menyumbang
 
kembali kepada komuniti. Program seperti ini pasti akan meningkatkan daya kepemimpinan,
motivasi, keyakinan diri serta daya saing asnaf mahasiswa”. Katanya.
Dalam majlis penutup Tusyen Rakyat Al Amin ini turut menyaksikan penyerahan Mock
Cheque bernilai RM14,400 oleh Puan Norashikin Shaharudin, Pengurus Besar Bank Rakyat.