UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT jalin kerjasama dengan Concord Sdn Bhd fokus tenaga diperbaharui

UMT jalin kerjasama dengan Concord Sdn Bhd fokus tenaga diperbaharui

Wednesday, 01/06/2022

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan peneraju industri terkemuka iaitu Concord Sdn Bhd dalam bidang kecekapan tenaga diperbaharui (RE).

Perjanjian Persefahaman (MoU) itu memfokuskan usaha sama bagi membangunkan keupayaan serta kecekapan tenaga diperbaharui melalui penyelidikan dan perkongsian kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua pihak.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, kolaborasi itu penting dalam usaha pengukuhan warga pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan.

“Hubungan kerjasama antara Kumpulan Concord dan UMT telah bermula pada tahun 2019 lagi atas semangat tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Pihak Kumpulan Concord telah berkongsi ilmu dan kepakaran kepada pelajar UMT melalui penganjuran sesi perkongsian ilmu, pengalaman dan lawatan industri berkaitan bidang biogas dan tenaga diperbaharui (RE)”. Ujar beliau sempena Majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MOU) yang diadakan di kampus UMT.

Kumpulan Concord yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Concord Biotech Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin Abd Hamid bersetuju menempatkan pelajar-pelajar UMT di syarikat-syarikat kumpulan Concord sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan setelah tamat pengajian.

 

Turut hadir dalam majlis itu iaitu Profesor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik, Profesor Madya Ts. Dr. Salisa Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik serta pegawai-pegawai kanan UMT.

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu