UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT GERAK SKUAD BANJIR, AGIH SUMBANGAN BERNILAI RM22,400.00

UMT GERAK SKUAD BANJIR, AGIH SUMBANGAN BERNILAI RM22,400.00

Monday, 27/12/2021

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menggerakkan lebih 200 sukarelawan bagi misi bantuan mangsa banjir di Pahang.

Skuad bantuan banjir yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar itu disertai secara sukarela untuk menyalurkan bantuan makanan serta menyumbang tenaga kepada mangsa terjejas.

Penyelaras Misi Bantuan Banjir UMT, Abdullah Syukri M. Salleh berkata tumpuan misi banjir fasa 1 memfokuskan kediaman pelajar UMT yang terkesan dengan banjir di sekitar negeri Pahang.

“Alhamdulillah, UMT berjaya tubuhkan sukarelawan dalam tempoh kurang 24 jam setelah pengumuman dibuat.

“Sejumlah 130 pelajar terdiri daripada staf dan pelajar telah menjalankan operasi pembersihan kediaman pelajar UMT yang terjejas akibat banjir iaitu di Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna, Kampung Bukit Rangin, Kampung Melayu Sungai Lembing.

“Kita berjaya jalankan operasi pembersihan sebanyak 20 buah rumah pada hari pertama disamping pengagihan bakul makanan bagi meringankan beban keluarga yang terjejas teruk.

Katanya, misi bantuan fasa 2 mensasarkan 60 buah rumah serta kemudahan awam seperti balai raya, masjid dan sebagainya melibatkan dana keseluruhan berjumlah RM 22,400.00.

“Kita akan teruskan dengan fasa 2 dengan kekuatan seramai 77 orang yang mana memfokuskan 40 buah rumah akan dibersihkan selain kemudahan-kemudahan awam yang turut terjejas seperti balai raya, masjid dan sebagainya.

“Kita tingkatkan jumlah agihan bakul makanan daripada 20 kepada 700 bakul dan kesemua sumbangan dana ini diuruskan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud UMT bernilai RM 22,400.00”. Katanya.

Sementara itu, UMT telah mengumumkan pengecualian kuliah dan pembelajaran sepanjang tempoh bertenang selama tujuh hari bermula dari 19 Disember 2021.

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu