UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Tandatangani MoU dengan MIMOS Sempena IFunS2018

UMT Tandatangani MoU dengan MIMOS Sempena IFunS2018

Monday, 25/06/2018

Share This Article :

KUALA TERENGGANU, 25 Jun 2018 – Persidangan antarabangsa mengenai fundamentum sains buat julung kalinya diadakan bagi menghimpunkan penyelidik dan ahli akademik tempatan dan antarabangsa termasuk daripada United Kingdom.

Simposium ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan sains dari pelbagai perspektif memfokuskan tiga elemen sains utama iaitu kimia, fizik dan biologi.

Mengangkat “Exploring Possibilities Through Fundamental Sciences” sebagai tema perbincangan, persidangan ini bertujuan melonjakkan kepentingan bidang sains fundamental yang merupakan tunjang kepada penyelidikan aplikasi lain selain menghimpunkan para penyelidik dan ahli akedemik dalam bidang sains serta memupuk ekosistem perkongsian idea penyelidikan bagi membuka peluang mewujudkan jaringan kerjasama rentas sempadan.

Pengerusi IFunS 2018, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mat Amin berkata persidangan ini anjuran pihaknya bersama Akademi Sains Malaysia (ASM).

Katanya, persidangan sehari itu bertujuan menghimpunkan ahli akademik serta penyelidik bagi menyerlahkan profil dan peranan masing-masing dalam membentuk halatuju bidang sains yang merupakan perkara asas dalam perkembangan aplikasi sains dan teknologi.

“Persidangan itu akan menjadi forum perkongsian dan pertukaran ilmu secara akademik dan intelek.

“Ia juga menyediakan platform membincangkan perspektif perbandingan topik yang relevan di peringkat global.

Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMT dengan MIMOS Berhad.

MoU ini menyaksikan kata sepakat bagi kedua-dua pihak berkaitan jaringan kerjasama yang memfokuskan bidang pengajaran dan penyelidikan utama program Fizik, UMT dengan melibatkan Teknologi nano-semikonduktor yang merupakan bidang utama di MIMOS. Melalui kerjasama ini juga pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh memberi manfaat dan bersesuaian dengan aspek teknologi nano-semikonduktor.

Dalam pada itu Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT berkata UMT berbangga untuk mengumumkan bahawa MIMOS akan menyediakan penempatan industri untuk Program Fizik, di bawah Sekolah Sains Asas yang akan ditawarkan pada tahun 2019.

 “Dengan MoU ini, UMT berharap dapat mencapai visi kami dalam tempoh 5 tahun akan datang

Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT turut  mengulas penganjuran program seperti itu perlu dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang dengan perhebatkan lagi bidang-bidang lain yang menjadi tonggak utama dalam organisasi seperti UMT.

“Program berbentuk ilmiah dan perkongsian pintar seumpama ini amat digalakkan agar sesebuah universiti bukan sekadar tempat untuk menimba ilmu, malah menjadi pencetus dan perintis kepada perkembangan sains dan teknologi agar kewujudannya dapat dinikmati oleh masyarakat umum”.

Turut hadir dalam majlis yang dirasmikan oleh Profesor Ulung Dato’ Dr. Looi Lai Meng, Wakil Akademi Sains Malaysia ialah Ahmad Rizan Ibrahim, Presiden merangkap CEO MIMOS, Naib Presiden dan Pengarah Urusan MIMOS serta pengurusan tertinggi UMT.

Untuk keterangan lanjut:

Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mat Amin

Pengerusi

International Fundamentum Science Symposium 2018 (IFunS2018)

Pusat Pengajian Sains Asas

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-6683125

Emel : kerol@umt.edu.my

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-668 4418

Emel : rozita.alias@umt.edu.my