UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT sasar RM2.7juta

UMT sasar RM2.7juta

Tuesday, 15/11/2022

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menetapkan sasaran RM2.7 juta pulangan sepanjang tahun 2022.

Nilai itu hasil daripada aktiviti pengkomersilan produk akhir yang telah dipatentkan melalui syarikat start up UMT dan juga kolaborasi dengan rakan industri.

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata universiti itu mempunyai kira-kira 600 harta intelek.

“Bagi tahun 2022, UMT telah berjaya mendaftarkan sebanyak 106 jumlah hak harta intelek dimana 81 produk didaftarkan sebagai hak milik, 17 harta intelek sebagai rahsia dagangan, 3 paten yang didaftarkan dan selebihnya adalah lain-lain harta intelek.

“UMT mempunyai hampir 600 hak harta intelek yang terdiri daripada paten, rekacipta industri, utiliti inovasi, cap dagangan, hak milik dan rahsia dagangan.

Katanya, produk yang dihasilkan perlu dipasarkan untuk mengurangkan tahap kebergantungan kepada dana kerajaan.

“Usaha mempergiatkan aktiviti pengkomersialan ini adalah sangat perlu bagi membantu universiti dalam menampung kos pengurusan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

Bagi merancakkan lagi aktiviti pengkomersilan, tambahnya, UMT turut menjalinkan kolaborasi dengan beberapa syarikat bagi tujuan itu melalui perjanjian persefahaman (MoU).

“Hari ini, UMT melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) yang diberi tanggungjawab bagi aktiviti pengkomersialan harta intelek menandatangani dokumen perjanjian (MoU) dengan Khadijah International Waqf (L) Foundation (KIWF) bagi memasarkan produk hiliran berasaskan kelulut dengan menggunakan kepakaran penyelidik UMT”. Katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UMT dan KIWF di kampus UMT, Kuala Nerus.

“Dengan adanya MoU bersama entiti berlesen untuk mengumpul dana seperti KIWF ini, pihak UMT mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dalam mendapatkan dana atau raise funds bagi tujuan pengkomersialan dan juga terbuka kepada produk penyelidikan lain selain kelulut seperti polychaete, artemia, belangkas dan lain-lain.

Sementara itu, dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan penerimaan sumbangan geran berjumlah RM143,000.00.

“Pihak KIWF bersama penyelidik UMT juga telah berjaya mendapatkan dana penyelidikan daripada pihak Felda Berhad bagi projek pertama melibatkan pendebungaan kelapa sawit menggunakan kelulut dengan peruntukkan sebanyak RM143,000.00 bagi tempoh setahun”. Katanya.

Dikeluarkan oleh :

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu