UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT TERAP ILMU PERNIAGAAN KEPADA OKU

UMT TERAP ILMU PERNIAGAAN KEPADA OKU

Monday, 04/11/2019

Share This Article :

KUALA NERUS – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus mendapat perhatian daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam mengukuhkan institusi kewangan golongan itu dalam meneruskan kehidupan.

 

Program melibatkan kira-kira 30 peserta OKU daripada Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) diadakan dengan menekankan beberapa elemen pengurusan kewangan selain mempelajari ilmu pertanian bandar berbentuk hidroponik sebagai asas kemahiran penjanaan pendapatan.

 

Ketua projek, Prof. Madya Dr. Hafiza Aishah Hashim berkata program itu merupakan program tanggungjawab sosial bagi pelajar sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) UMT.

 

“Program ini bertujuan mendedahkan kepada golongan OKU berkaitan ilmu pengurusan perniagaan. Aspek penting bagi peneguhan sara diri OKU adalah pengetahuan tentang pengurusan perniagaan untuk memulakan perniagaan bagi memastikan golongan OKU dapat berdikari.

“Kita menggunakan konsep pemindahan ilmu perniagaan dan pertanian yang mana melibatkan 12 orang penyelidik Knowledge and Technology Assimilation Grant (KTAG) Scheme 2019 dan 17 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) UMT dengan menggunakan beberapa modul secara dalam kelas dan hands on.

“Pelbagai aktiviti pemindahan ilmu termasuk etika perniagaan, pentadbiran, operasi, pemasaran, kewangan dan rancangan perniagaan pertanian bandar melalui modul pengurusan perniagaan oleh penyelidik UMT”.  

Menurutnya lagi, program itu tidak hanya berhenti di situ, malah pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan perniagaan peserta dan bersedia untuk membantu sekiranya peserta memerlukan khidmat kepakaran dan konsultansi.

Program itu turut mendapat sokongan kerjasama strategik daripada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu, DIY Hydroponic, Noor Arfa Batik dan Scout Inn Resort yang turut menyumbang melalui program tanggungjawab sosial korporat masing-masing bagi membantu meningkatkan taraf hidup komuniti OKU.

 

Dikeluarkan oleh :

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu