UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Pamer Lebih 2000 Hasil Penyelidikan, Lapan Terbaik

UMT Pamer Lebih 2000 Hasil Penyelidikan, Lapan Terbaik

Wednesday, 16/05/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Lebih 2000 Projek Penyelidikan Tahun Akhir dibentangkan pada program UMT Undergraduate Research Day 2018 anjuran Jabatan Pengurusan Akademik UMT.

 

Lapan projek tahun akhir berjaya terpilih sebagai projek penyelidikan terbaik bagi mewakili setiap pusat pengajian.

 

Antara pemilik projek terbaik ialah Mohamad Azrul Shfiq Sulaiman (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan), Sharmili A/P Silvarajoo (Pusat Pengajian Sains Asas), Miza Nurshazwin Muamai (Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur), Tan Jia Theng (Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan), Hiew Chee Nam (Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan), Mohamad zahid Baharom( Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran), Asha A/P Sivalingam(Pusat Pengajian Pembangunan    Sosial dan Ekonomi), dan Nur Hazwani Karim (Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim).

 

Program yang julung kali diadakan itu mewajibkan setiap pelajar tahun akhir membentangkan projek penyelidikan masing-masing.

 

Semua poster pembentangan akan dinilai oleh pensyarah dan penyelidik UMT serta rakan industri yang terlibat.

 

Selain pelajar, pembentangan ini juga turut disertai oleh 75 rakan industi bagi merancakkan lagi serta sebagai tanda sokongan pihak industri terhadap penganjuran program ini.

 

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar mengucapkan tahniah kepada semua pelajar terutamanya lapan pelajar yang terpilih projek penyelidikan terbaik.

 

“Sokongan yang padu daripada rakan industri-UMT dalam memberi kerjasama erat bagi merealisasikan penganjuran ini dan diharapkan kerjasama ini diteruskan dalam program-program yang akan datang”.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan pegawai-pegawai utama UMT.

 

Untuk keterangan lanjut:

 

Pengarah

Jabatan Pengurusan Akademik

Universiti Malaysia Terengganu

Tel: 09-668 4242

Emel : wam@umt.edu.my

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu