UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT Semai Minat Sains Marin Kepada 138 Pelajar SBP

UMT Semai Minat Sains Marin Kepada 138 Pelajar SBP

Monday, 16/07/2018

Share This Article :

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus giat memperkasakan kempen kesedaran pemuliharaan laut dalam usaha mengekalkan kepentingan ekosistem marin.

Terkini UMT melalui Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) menganjurkan program Kepimpinan Alam Sekitar 2018 melibatkan 138 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd.

Program ini antara lain bertujuan untuk menyemai kesedaran diperingkat awal terhadap keperluan melindungi dan memulihara alam sekitar khususnya alam marin bagi mengekalkan ekosistem serta sebagai pendedahan berkaitan bidang sains marin utama yang boleh diceburi meliputi biologi, ekologi dan pengurusan sumber perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.

Menurut pengerusi program yang juga Dekan PPSMS, Prof. Madya Dr. Marinah Mohd Ariffin berkata program ini penting dalam usaha menyebarluaskan maklumat pemuliharaan alam marin.

“Hasrat kami ialah dapat membentuk dan membina generasi yang menghargai nilai keindahan laut dan memberi pendedahan secara hands on supaya pengalaman yang ditimba sepanjang program ini mampu dijadikan panduan di masa akan datang”

“Penganjuran ini juga merupakan tanggungjawab kami di UMT yang mana pemuliharaan marin dan sumber akuatik menjadi nic penyelidikan UMT”.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar turut mengulas bahawa kempen kesedaran melalui penganjuran program seumpama itu perlu diteruskan dan dilibatkan dengan pelbagai peringkat agar usaha ini mampu melahirkan generasi saintis yang cintakan alam sekitar demi kelestarian alam semulajadi.

 

Untuk keterangan lanjut:

Prof. Madya Dr. Marinah Mohd Ariffin

Dekan

Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 09-6683130

Emel : erin@umt.edu.my

 

 

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu