UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

BAUCAR ‘FOOD@CAMPUS’ MAMPU LEGAKAN PELAJAR UMT

BAUCAR ‘FOOD@CAMPUS’ MAMPU LEGAKAN PELAJAR UMT

Thursday, 25/11/2021

Share This Article :

Lebih 4,000 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima bantuan berbentuk tunai.

 

Program sumbangan yang diberi nama ‘FOOD@CAMPUS’ hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi itu menyasarkan golongan B40 sebagai tanda keprihatinan pihak berkepentingan terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

 

Sumbangan itu direalisasikan bagi memenuhi hasrat KPT Prihatin, UMT Prihatin dan HEPA Cakna serta sebagai pengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengurangkan beban pelajar universiti yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

 

Menurut Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata pelbagai bentuk sumbangan telah disalurkan kepada pelajar terutamanya golongan B40.

 

“Pada pagi ini, kita telah salurkan sumbangan bernilai RM100,050.00 dan menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM558 000.00 telah digunakan untuk pemberian bantuan.

“Kita juga ucap terima kasih kepada semua penyumbang, penaja, daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu yang berhati mulia.

“Antara bantuan yang telah diberikan seperti Bantuan Khas Covid-19, Bantuan Kemudahan Pembelajaran seperti komputer riba dan pelan data internet, Bantuan Makanan Percuma melalui program AOK dan Gerobok Rezeki, Bantuan Khairat Kematian, talian e-Kaunseling dan sebagainya”. Katanya.

Sementara itu, Nur Fara Natasha Mat Saari, pelajar program Asasi STEM UMT terharu atas bantuan yang diberikan.

 

“Terima kasih kepada UMT dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana memberi peluang untuk golongan seperti saya meneruskan pengajian tanpa beban yang besar.

 

“HEPA UMT sangat peka terhadap kesusahan yang dialami oleh pelajar seperti saya kerana bantuan ini disalurkan sejurus selepas sebulan saya masuk semula ke kampus”.

 

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pegawai-pegawai kanan UMT.

 

Dikeluarkan oleh:

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu