UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT AGIHKAN ZAKAT 1.3 JUTA DAN KOMPUTER RIBA RM200 RIBU KEPADA PELAJAR ASNAF

UMT AGIHKAN ZAKAT 1.3 JUTA DAN KOMPUTER RIBA RM200 RIBU KEPADA PELAJAR ASNAF

Wednesday, 20/04/2022

Share This Article :

Kuala Nerus, 18 April 2020: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) hari ini berbesar hati meraikan asnaf pelajar dalam satu majlis berbuka puasa bersama Naib Canselor dengan mengagihkan sumbangan zakat badan korporat bernilai RM1.3 juta serta bantuan komputer riba kepada pelajar asnaf UMT.

 

Bantuan zakat tersebut dijangkakan memberi manafaat kepada 2000 pelajar yang tergolong dalam kumpulan Asnaf dan B40. Manakala 100 Pelajar Asnaf UMT menerima bantuan komputer dengan Jumlah agihan bernilai RM200 ribu daripada sumbangan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

 

Menurut Profesor Dato` Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT, melalui skim bantuan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud, terdapat agensi dan sektor korporat yang bermurah hati memberikan sumbangan zakat, antaranya,melalui Program Iqra’ Tabung Haji yang berjumlah RM750 Ribu ringgit.

 

Tambahnya, Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberikan kesan buruk kepada hampir semua sektor dan antara yang paling terkesan adalah sektor ekonomi Negara.

 

“Sudah pasti, golongan yang paling terjejas menghadapi situasi ini ialah masyarakat yang dikategorikan sebagai Asnaf dan B40. Ditambah lagi jika ada ahli keluarga kumpulan ini yang menyambung pengajian ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi”.

 

“Impak kewangan yang dihadapi itu lebih terasa kerana ianya sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan pelajar IPT yang datang daripada kumpulan asnaf dan B40 yang mana memerlukan sumber kewangan yang mencukupi bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kampus”.

 

Menyedari hakikat itu, UMT melalui Pusat Islam Sultan Mahmud UMT menggerakkan inisiatif untuk membantu golongan ini mendapatkan seberapa banyak sumbangan daripada pelbagai sektor korporat dan agensi berkaitan.

 

Sumbangan yang diberikan menunjukkan bahawa agensi korporat sentiasa meletakkan pendidikan sebagai elemen paling utama dalam pembangunan modal insan serta keprihatinan bagi memastikan golongan Asnaf dan B40 ini tidak ketinggalan dalam pembelajaran terutama dalam tempoh pandemik ini.

 

Dalam majlis ini turut diadakan penyerahan sumbangan Bantuan Sukarelawan Asnaf kepada 70 orang pelajar UMT yang berjumlah RM250 setiap seorang hasil sumbangan daripada Syarikat Perumahan Kinrara Berhad. Asnaf ini bertugas sebagai  sukarelawan bagi membantu program iftar yang dilaksanakan oleh UMT setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Selain itu juga, Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Pelajar kepada 85 orang Pelajar UMT dengan jumlah sumbangan sebanyak RM600 setiap seorang daripada Syarikat Etiqa General Takaful Berhad akan diberikan. Pelajar-pelajar yang terlibat merupakan mangsa banjir daripada 3 negeri Pahang, Terengganu dan Selangor yang ditimpa musibah banjir besar baru-baru ini.

“Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam memberikan sumbangan yang sebegini besar demi kejayaan anak-anak pelajar kita. Jasa anda semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya”.

 

“Sebagai menghargai rakan media UMT pada hari ini, pihak universiti turut memberikan sumbangan dalam bentuk voucher berjumlah RM10 RIBU ringgit kepada rakan media di Terengganu mahupun Lembah Klang, yang terlibat secara langsung bersama-sama dalam usaha melonjakkan imej dan Citra UMT”.

 

“Dengan publisiti dan liputan meluas yang telah diberikan oleh rakan media, UMT kian gah menempa nama sebagai universiti peneraju dalam bidang sains marin dan sumber akuatik.  UMT sangat berbesar hati mendapat kerjasama padu daripada rakan media”.

 

“Harapan saya, agar segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh rakan media sekalian, akan berkekalan serta dapat diperkukuhkan lagi di masa hadapan”. Ujarnya mengakhiri perbualan.

 

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu