UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Atlet Taekwondo UMT Raih Dua Gangsa Sempena MASUM

Atlet Taekwondo UMT Raih Dua Gangsa Sempena MASUM

Thursday, 19/07/2018

Share This Article :

KOTA BHARU – Atlet taekwondo UMT, Robinson Sang Robert dan Nik Nuratikah Nik Amri berjaya meraih pingat gangsa dalam penganjuran Karnival Sukan MASUM 2018 di sini.

Kedua-dua atlet tersebut merupakan pelajar dari Puat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA) dan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) yang telah menjalani sesi pemilihan khas oleh Pusat Sukan dan Rekreasi UMT bagi penyertaan karnival sukan MASUM yang berlangsung selama seminggu bermula 15 Julai 2018.

Menurut Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) UMT, Mohamad Rafee Jusoh berkata UMT menghantar kontinjen bagi penyertaan dalam sembilan acara.

“Alhamdulillah, setelah beberapa siri saringan dijalankan, pihak PSR berjaya mengenalpasti atlet-atlet yang berpotensi meraih pingat dalam karnival sukan pada kali ini”.

“Kita telah hantar penyertaan bagi acara bola jaring, bola keranjang, taekwondo, silat, ragbi, bola tampar lelaki dan wanita, boling padang dan karate”

“InsyaAllah, dengan kekuatan seramai 100 atlet ini mampu untuk melonjakkan prestasi serta persembahan yang baik dan diharapkan dapat melepasi target yang ditetapkan”.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada atlit taekwondo yang berjaya meraih pingat gangsa dan mengingatkan kepada semua atlit agar tidak memandang enteng terhadap kekuatan pesaing serta teruskan tekad untuk membawa pulang pingat dalam kejohanan ini.

 

Untuk keterangan lanjut:

Mohamad Rafee Jusoh

Pengarah

Pusat Sukan dan Rekreasi

Universiti Malaysia Terengganu

Tel : 019-9853640

Emel : rafee@umt.edu.my

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pusat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu