UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

UMT capai 5 bintang penarafan MyMohes dengan skor 100%

UMT capai 5 bintang penarafan MyMohes dengan skor 100%

Wednesday, 06/04/2022

Share This Article :

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima penarafan lima bintang dalam penarafan Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam (MyMohes) bagi tahun 2021.

 

MyMohes yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bertujuan untuk menilai tahap kesediaan institusi pengajian tinggi bagi system penyaluran maklumat dan juga simpanan data pelajar, staf dan penyelidikan.

 

Penarafan dibuat mengikut kriteria dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian iaitu Masa penghantaran (20%), Kesempurnaan Data (40%) dan Kualiti Data (40%).

 

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar menyifatkan penarafan itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan khas buat warga UMT.

 

“Alhamdulillah, UMT berjaya mencapai lima bintang dalam penarafan MyMohes bagi tahun 2021. Lebih membanggakan apabila UMT antara tiga universiti awam yang mendapat skor 100% berbanding 20 institusi pengajian tinggi dalam negara.

 

“UMT terus memburu pengiktirafan dan pencapaian di pelbagai peringkat samada nasional mahupun antarabangsa.

 

“Syabas dan tahniah kepada warga UMT yang komited serta berusaha keras dalam memastikan UMT berada pada kedudukan yang terbaik.

 

UMT yang dikenali dengan slogan ‘Terokaan seluas lautan demi kelestarian sejagat’ itu telah mendapat pelbagai pengiktirafan seperti penarafan oleh Times Higher Education (World University Rankings), Times Higher Education (Impact Rankings), Times Higher Education (World University Rankings by Subject), QS World University Rankings, QS University Rankings (Asia), UI GreenMetric, Malaysia Research Assessment (MyRA) dan SETARA.

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu