UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Kunjungan Muhibah Erat Kerjasama UMT dan Media

Kunjungan Muhibah Erat Kerjasama UMT dan Media

Wednesday, 06/06/2018

Share This Article :

KUALA NERUS, 6 Jun 2018 –  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini mengadakan kunjungan muhibah ke pejabat-pejabat media Terengganu sempena menyampaikan sumbangan ole-ole sempena Aidilfitri.


Program ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan antara UMT dengan pengamal media serta disamping menyampaikan ole-ole berbentuk kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.


Rombongan UMT diketuai oleh Penolong Naib Canselornya, Prof Dr Fauziah Abu Hasan yang diiringi Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporatnya, Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab serta dua lagi pegawai lain.


Menurut Wan Mohd Wazir, apa yang menarik mengenai ole-ole berbentuk kuih raya pada tahun ini ialah ole-ole tersebut dihasilkan sendiri oleh kakitangan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPSTM) UMT.


“Kunjungan ini bukan hanya fokus kepada jalinan hubungan dua hala, juga turut memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan oleh UMT bagi tujuan komersil dan perbincangan berkaitan prospek peluang kerjasama yang boleh dicapai bersama”. Katanya.