UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

368 peserta pamer hasil inovasi dalam karnival PIITRAM 2021 anjuran UMT

368 peserta pamer hasil inovasi dalam karnival PIITRAM 2021 anjuran UMT

Tuesday, 16/03/2021

Share This Article :

Kuala Nerus – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Karnival Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2021.

 

Karnival yang disertai oleh 368 peserta itu diadakan secara dalam talian dan disertai oleh pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan di Pusat Asasi Universiti Awam dan juga Matrikulasi.

 

Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Prof. Madya Dr. Laili Che Rose berkata penganjuran itu merupakan medium terbaik untuk melatih serta sebagai galakan kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatu inovasi.

 

“Alhamdulillah karnival ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada UMT untuk menjayakan karnival ini dengan kolaborasi Pusat Asasi Sains dan Perubatan  (PUSPA), Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA selaku penganjur bersama.

 

“Inovasi merupakan cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

 

“Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam mahupun luar atau menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ia amat penting kepada sesebuah organisasi bagi mencipta produk baharu dan menginovasikan produk sedia ada untuk disesuaikan dan digunapakai mengikut keperluan institusi-institusi di Malaysia. Inovasi yang dihasilkan haruslah mampu menambah nilai output semasa serta membawa perubahan baharu yang lebih efisien kepada budaya kerja yang sedia ada.

 

PIITRAM  merupakan karnival tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi.

 

Majlis perasmian penutupan PIITRAM 2021 telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia.

 

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Naib Canselor UMT dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mengambil peluang penganjuran itu untuk mengetengahkan idea dan produk masing-masing dan berharap penganjuran itu juga sebagai medium menambah ilmu, berkongsi kepakaran dan membina jaringan.

 

Sebanyak tiga kategori yang dipertandingkan pada karnival PIITRAM 2021 iaitu kategori Pelajar, Kategori Ahli Akademik dan juga Kategori Pentadbir.

 

Pemenang utama bagi setiap kategori menerima wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil.

 

 

 

 

Dikeluarkan oleh :

 

Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu